Ahad, Jun 01, 2008

AUM - Artikel Untuk Melayu

Usia saya tidak sama dengan usia penubuhan Malaysia dan saya pasti, generasi muda pun begitu juga. (Sebab itu, bila ditanya erti kemerdekaan, cacamarba jawapan dan penghayatan generasi muda sekarang...tak percaya? cuba baca dan dengar dalam media...tak percaya lagi? cuba tanya kawan-kawan..perhatikan jawapan mereka)....

Kebelakangan ini, terutama sekali sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 12 yang menyaksikan jatuh bangun ahli ahli politik yang mewakili dan 'mewakili' rakyat, pelbagai isu dan peristiwa mewarnai senario politik Malaysia..

Dan melalui pembacaan, perbincangan, pengamatan, penilaian dan pelbagai 'pe' lagi, tak dapat dihuraikan perasaan ini. Sedih ada, marah ada, bersemangat ada, kecewa ada. Macam sudah tidak boleh dibezakan isu nasional dan bangsa (mungkin juga akan melibatkan agama). Kadang-kadang, terasa bagai membaca komik bila melihatkan arus politik dan media. Cuma, 'komik' yang kita semua adalah wataknya, tidak boleh diundur, di'edit' kerana masa yang lepas tidak akan berulang...yang mana 'muka surat' sekarang menentukan jalan cerita di masa hadapan..

Laungan seakan 'Malaysian Malaysia' (mungkin tidak secara terus, tetapi sipi-sipi itu ada) kedengaran dan boleh dibaca. Melayu membicarakan isu bangsa dianggap isu nasional..'keadilan' dituntut oleh banyak pihak, 'merit vs kuota', kad bangsa ('racist card') dan sebagainya terpapar di media. Ada yang enak dan 'enak' pun ada..

Melayu, pada dasarnya perlu bangkit..tetapi bukan bangkit melaung dan menghunus keris..tetapi bangkit daripada 'lena'. .

Melayu yang sudah berjaya, jangan dilupa akan bangsanya masih ada yang tertinggal. Mungkin anda sudah berjaya seterusnya yakin akan terus berjaya dan dapat menangani cabaran yang mendatang, tetapi perlu diingat, ada anak bangsamu yang 'tercicir' di belakang. 'Tercicir' dari segi miskin pendidikan, fakir maruahnya, tegar kebodohannya. Pencapaian akademik tidak selari dengan kecemerlangan sahsiah. Melayu yang majoritinya Islam (sebab ada yang dah murtad), tidak semua mengamalkannya. Hanya sekadar ber'bin' dan ber'binti' kan sahaja penghias kad pengenalan, tetapi iman dan akhlaknya entah ke mana..

Melayu yang kurang berjaya pula, janganlah pula terus hanyut mengharap tangan dihulur. Dunia sekarang seakan mengamalkan undang-undang rimba. Yang kuat akan meratah yang lemah. Bantuan untukmu tidak selamanya ada. Dan yang pasti, huluran rasuah dan dadah bukan penawarnya. Apakah dengan hanya duduk mendiamkan diri akan dapat mengubah nasibmu?.

Melayu yang tidak kisah apa nak jadi lagilah teruk orangnya. "Janji aku dapat hidup aman" bukan cogankata yang baik. Kerana 'aman' mu itu tidak kekal andai dirimu sendiri tidak memperjuangkannya. 'Aman'mu itu adalah hasil perjuangan orang lain..dan yang pasti, kita semakin tua. Esok lusa entahkan ada, entahkan tiada. .

Ini bukan pesanan daripada UMNO, PKR mahupun PAS..tetapi daripada Melayu yang beragama Islam yang tidak mahu 'melayu' di dunia dan akhirat....