Khamis, Disember 04, 2008

15 tahun sejak langkah pertama



5 Disember 1994 - tarikh dimana warga 959 mula menjejakkan kaki dibumi sikamat. Jika 15 tahun dahulu, majoriti masih mentah dan ada yang kebudak-budakan.

Dua minggu orientasi penuh pelbagai cerita suka duka dan menyakitkan kaki dek ketuk ketampi yang tak kunjung selesai. Biarpun kiraan hanya 20, 'siaran ulangan' mengalahkan siaran ulangan ASTRO semata mahu kami belajar apa erti 'bersatu'. Bersatu dalam erti jangan biarkan rakan tertinggal, bersatu dalam erti jangan meninggalkan kawan, bersatu dalam erti kata jangan diruntuhkan barisan semata kepentingan diri. Biarpun 'fivers' kami digelar batch 'anjing', sekurang-kurangnya, erti bersatu itu tinggi nilainya.

Sejak langkah pertama itu jugalah, putera-putera 959 mula mengorak cerita hidup masing-masing. Pelbagai kisah tercipta, daripada 'Cantapiau nak makan pusat Basit' sehinggalah saat 959 melangkah keluar daripada Hotel Legend pada 15 Disember 1999 dan seterusnya yang menjadikan siapa kita pada hari ini.

Tahun hadapan genap 10 tahun sejak kita meninggalkan bangku persekolahan. Secara peribadi, terima kasih tidak terhingga buat rakan 959 sekalian. Mungkin kerana dahulu sekadar 'perosak' keputusan al-razi dengan hanya 'Sahaja Ambil Periksa' (SAP - Sijil Am Pelajaran) (bak kata dan bisik-bisik sesetengah rakan 959 dahulu dan sebagaimana ada yang menulisnya di buku wishes), agaknya, mungkin SPM 99 dahulu saya betul-betul sahaja ambil peperiksaan.

Walauapapun, biarlah apa yang sudah berlalu itu kita jadikan sebahagian daripada asas untuk terus melangkah jauh. Biarlah ilmu yang didada digunakan untuk berjasa!

Isnin, November 17, 2008

Bahasa Menunjukkan Bangsa Malaysia?


Sesungguhnya, dengan kemenangan Barack Hussein Obama dalam merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat mencetuskan pelbagai analisis, pendapat, perbincangan dan tidak kurang juga permintaan serta jangkaan. "Permintaan dan jangkaan" yang saya maksudkan di sini adalah, apakah mungkin Malaysia bakal dipimpin oleh seorang Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu?

Begitu juga dengan kenyataan susulan daripada Tun Dr Mahathir tentang Perdana Menteri berbangsa Malaysia. Berbagai-bagai reaksi yang diterima dan tidak kurang juga ulasan-ulasan yang diberikan baik penganalisis rasmi dan tidak rasmi, para blogger mahupun pakcik-pakcik di warung-warung kopi. Siapa yang jadi Perdana Menteri bukan Melayu pertama bukan tujuan utama artikel ini ditulis, tetapi lebih kepada antara persoalan asas yang perlu kita pertimbangkan.

Cuba baca artikel Kijangmas dan Husin Lempoyan yang antaranya membicarakan kebolehan berbicara dalam Bahasa Melayu/Malaysia/Baku (rujuk komen di artikel Kijangmas tersebut yang diberikan oleh "A true Malaysian said..."). Soalan pertama: Apakah dia Bahasa Malaysia?

Jika diolah bagaimana sekalipun, Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Melayu, ianya tetap berasaskan bahasa yang digunakan oleh Melayu yang telah dicampurkan unsur-unsur baru yang bersesuaian dengan peredaran zaman. Mungkin tidaklah selalu kedengaran berkanda dinda, mahupun berpatik berhamba, tetapi intipatinya tetap melayu. Dan sudah tentunya, rakyat Malaysia sedar yang bahasa ini merupakan bahasa rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Saya akui, ada tika dan saatnya, 'penjenamaan' bahasa ini bagaikan tidak selesai. Ada ketika "Bahasa Melayu" dan ada masanya "Bahasa Malaysia". Sebagaimana komen yang ditinggalkan di artikel Kijangmas, (yang juga mengambil kira senario sekarang), Bahasa Malaysia lebih sesuai bagi membentuk Bangsa Malaysia. Buat Melayu, janganlah diperdebatkan isu "hilang kemelayuan" dalam bahasa Malaysia kerana, bahasa ini telah mengalami evolusi yang bersesuaian dengan peredaran zaman. Kita ambil contoh jiran kita, Indonesia. Bahasa rasminya disebut Bahasa Indonesia, tetapi hakikatnya adalah Bahasa Melayu Indonesia, yang sedikit sebanyak, loghat dan nahu bahasanya masih dapat kita fahami.

Oleh itu, seharusnya permasalahan bahasa dalam membentuk Bangsa Malaysia tidak menjadi begitu sukar, bukan? Sekurang-kurangnya asas komunikasi telah dapat dibentuk. Soalan seterusnya, bagaimana pula kepentingan dan penguasaan Bahasa Malaysia?

Tidak lama dahulu, saya telah melawat satu blog dan berbicara dengan penulis blog berkenaan yang mana ada menyentuh isu bahasa. Ianya tentang penggunaan bahasa dan peluang pekerjaan. Lihatlah bagaimana alasan yang diberikan, yang mana jika hal sebegini diremehkan, tidak mustahil pelbagai isu lagi yang boleh diremehkan. Jika alasan itu kerana penggunaan bahasa, seharusnya, Bahasa Malaysia harus dikuasai dan dipetuturkan tanpa lidah tergeliat mahu menyebutnya oleh Bangsa Malaysia.

Wallahualam...

p/s: teringat surat elektronik (e-mail) tentang translasi terus tentang 'joystick'..hehehe

Jumaat, Oktober 31, 2008

Minyak Naik, Kita Kasi Naik, Minyak Turun?


Lebih banyak pasar raya turunkan harga barang

KUALA LUMPUR: Gesaan kerajaan semua peniaga, peruncit, pembekal, pemborong dan pasar raya menurunkan harga jualan barang terutama menjadi keperluan harian pengguna, mula dilaksanakan berikutan penurunan harga minyak di pasaran dunia dan tempatan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perkembangan itu fenomena positif kerana penurunan harga barang didapati berlaku lebih awal sebelum kementeriannya mengadakan pertemuan dengan pengeluar, pembekal, peniaga dan persatuan pengguna untuk membincangkan kaedah menurunkan harga, bulan depan.

~ sebahagian artikel daripada http://www.bharian.com.my/, 31 Oktober 2008

Alhamdulillah, ada juga peniaga yang mengambil langkah rasional dan tidak mementingkan kocek sendiri. Langkah yang diambil peniaga-peniaga beginilah yang harus dicontohi. Biarlah adil. Jika semasa kenaikan harga minyak dijadikan sebab untuk menaikkan harga barang, turunkanlah atas sentimen yang sama.

Nampak gaya, kenyataan daripada Presiden FOMCA sememangnya tidak mencerminkan fungsinya sebagai pelindung bagi pihak pengguna. Lebih-lebih lagi, dengan mempersoalkan apa kaitan penurunan harga minyak dengan harga makanan, pada pendapat saya, merendahkan keupayaan IQnya sendiri.

Mari kita mengambil logik akal tentang keengganan sesetengah peniaga makanan menurunkan harga dan juga kenyataan kurang professional daripada presiden FOMCA. Jika harga barang runcit sudah diturunkan harga, pastinya harga kos untuk makanan semakin kurang. Ditambah pula penurunan harga minyak (melainkan segala barang-barang makanan dan keperluan untuk penghasilan makanan dipikul atas bahu semasa mengangkutnya), pastinya, kos semakin kurang. Maka, apakah alasan peniaga makanan untuk menjual pada harga yang sama?

Kita ambil contoh mudah. Katakan, sepinggan Nasi Briyani yang lazat harganya RM8. Kos untuk menghasilkan sepinggan nasi briyani itu termasuk kos tukang masak, kos minyak masak (yang tidak tergugat dek kenaikan harga petrol, kalau tidak salah saya), kos segala bahan untuk menghasilkan nasi briyani itu (yang boleh didapati di pasar borong mahupun pasaraya) jumlahnya RM4. Maka, untung yang diperolehi RM4. Disebabkan kenaikan harga minyak dahulu, peniaga ini menaikkan RM1 untuk menanggung KOS TAMBAHAN akibat kenaikan harga minyak dan harga barang runcit disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan untuk mengekalkan kadar keuntungan RM4.

Logik akal, jika harga minyak turun dan disertakan penurunan harga barang runcit, bukankah harga makanan juga patut diturunkan? Fikir-fikirkanlah...

Wallahualam...

p/s: Jangan sampai satu tahap, kedai makanan menjadi tumpuan utama perompak selain bank dan kedai emas. Al-maklumlah, makanan mahal!

Khamis, Oktober 30, 2008

Kenderaan-yang-guna-makanan-untuk-bergerak?


Thursday October 30, 2008
Fomca: How are fuel and food prices linked?

PETALING JAYA: The Govern-ment should explain how the reduction in fuel prices will affect the cost of goods in the country, said the Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) president N. Marimuthu.

He said it was pointless for the public to get excited over speculation of lower food prices and get frustrated later when prices do not go down.

“Why are we linking the price of goods to fuel? The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry must clarify,” he said.

He added that right now, the Government, traders and consumers were constantly pointing at one another for the higher cost of living, and it was the job of elected representatives to explain to the people the realities facing the economy.

He also said there was no law to control hawkers and restaurateurs from profiteering.

“And if we impose such a law, how is the market going to work freely?” he said when commenting on The Star’s report yesterday where several restaurant owners and hawker associations said the price of food would not be cheaper.

Artikel diatas dimajukan kepada saya oleh seorang rakan pejabat pagi tadi. Sesudah saya membacanya, gelengan kepala hanya dapat dilakukan.

Akhirnya FOMCA melalui presidennya telah menyuarakan pandangan. Suatu pandangan yang pada saya mencerminkan kekurangan bijaknya hamba Allah seorang ini. Jika dilihat secara zahir mahupun kasar, kenyataannya NAMPAK masuk akal, tetapi benarkah?

Asas berniaga mestilah harga yang dikenakan dapat mengembalikan kos yang dikeluarkan dan memberi keuntungan (cuma, bab untung ni, ada yang munasabah, ada yang tidak). Tidak kira apa jua jenis perniagaan mahupun dagangan kini, kos pengangkutan harus diambil kira. Melainkan barang niaga/perkhidmatan itu menggunakan sesuatu YANG TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK, kenyataan presiden FOMCA tidak boleh digunapakai (contohnya, barang niaga dipindahkan/dijaja menggunakan basikal/beca mahupun kereta kuda atau yang seumpamanya sebagai contoh).

Jika pekara semudah inilah pun perlu kerajaan perjelaskan, maka FOMCA bukan bertindak bagi pihak pengguna, tetapi pihak peniaga. Kepada peniaga, dan dalam kes ini peniaga makanan, terutama yang beragama Islam (memikirkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan makan dan minum yang HALAL sahaja), tidak terfikirkah anda urusan anda diakhirat kelak? Jangan jadikan kerja yang mulia ini (iaitu berniaga, bak kata sesetengah, mengikut sunnah?)tercemar dek tamakkan dunia. Baik daripada pembekal hinggalah ke penjual, setiap urusan, anda ada 'saham'.

Terlintas satu kenyataan yang sarkastik - Kalau begitulah kenyataan prseiden FOMCA, kajian harus dilakukan supaya manusia boleh hidup dengan makan/minum minyak manakala kenderaan gunapakai makanan sebagai bahan bakar.

Wallahualam...

Jumaat, Oktober 24, 2008

Jika saya menjadi : PM





Anwar: No hurry to oust govt
10 min-->
'We are not in a terrible hurry. Particularly in the present economic downturn we need to engage with government leaders to ensure that they take the right measures,' Mr Anwar said. -- PHOTO: ASSOCIATED PRESS

KUALA LUMPUR - MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim acknowledged on Thursday he won't be able to bring down the government any time soon, but said he is in no hurry to take over given the nation's economic problems.

Mr Anwar had previously claimed that he would get enough ruling party lawmakers to defect to unseat the government of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi by Sept. 16.
However, he missed his self-declared deadline. Mr Anwar has asked Abdullah for a face-to-face meeting to discuss voluntary power transfer, but the prime minister has refused.

Mr Anwar told reporters he is still aiming for a 'peaceful orderly transition' but said his options have diminished. Mr Abdullah also has refused to call a special Parliament session to hold a vote on confidence in his leadership, he said.

Mr Anwar said this amounted to the opposition being denied 'constitutional legal options' to bring down the government.

'We have lost two options ... (but) there's 10 to go. ... We are working on it,' Mr Anwar said. He has refused to reveal the names of lawmakers purportedly willing to defect, saying they will be subject to coercion if their identities are revealed before the time is right.

'We are not in a terrible hurry. Particularly in the present economic downturn we need to engage with government leaders to ensure that they take the right measures,' he said.

Malaysia's stock market has plunged 37 per cent this year amid the global financial crisis. The government also expects its economic growth forecast of 5.4 per cent for 2009 to dip, partly because of lower demand for key exports such as palm oil and crude oil. Some analysts predict growth of only 3.4 per cent.

Mr Anwar's People's Alliance coalition won an unprecedented 82 seats in the 222-member Parliament in March elections, gaining ground as the government's popularity plummeted amid racial disputes, a weak economy and corruption accusations.

Mr Anwar refused to set a new deadline to topple the government but said it will be done 'with an element of surprise'. He dismissed suggestions that his goal was becoming tougher to reach after Mr Abdullah recently announced he will hand over power in March to his deputy Najib Razak, who commands much greater loyalty from ruling party bosses.

Mr Anwar said Mr Najib's position is shaky amid accusations of abuse of power.
'This is the first time in history where you have a prime minister designate hounded and haunted with serious allegations,' Mr Anwar said.

The most recent accusations involve the purchase of military helicopters while Mr Najib was defense minister. Mr Najib has denied suggestions that the prices were inflated.
Mr Anwar said his opposition alliance, if it takes power, would curb expensive projects and cut operating expenditures, channeling more funds instead to develop education, public transportation and housing. -- AP

~ keratan daripada Straits Times Singapura, 23 Oktober 2008.


Artikel ini tidak jauh bezanya dengan sajian berita yang dihidangkan kepada kita sejak Pilihan Raya Umum ke 13. Cuma, saya tertarik dengan bahagian awal artikel ini iaitu "he is in no hurry to take over given the nation's economic problems" yang mana ianya memberi satu tanggapan kepada saya yang DSAI tidak mahu mengambil alih negara ini kerana krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini. Yang membawa kepada penilaian saya yang seterusnya, iaitu hujah/pelan tindakan ekonomi yang dicanangkannya yang indah khabar dari rupa, semata mahu memenuhi kehendak beliau untuk menjadi PM, bukan untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT. Maaf saya berkata begitu kerana, jika beliau betul kisah dan kasihkan rakyat, bertindaklah dengan sewajarnya. Bukan memberi alasan yang sejak dua menjak ini tidak memihak diri sendiri.

Artikel ini bukan ditulis semata DSAI, tetapi lebih kepada konteks apabila kita menjadi sesuatu yang pastinya ada tanggungjawab, amanah, risiko dan ganjaran yang tersendiri. Pastinya, semakin meningkat dewasa, daripada sekecil-kecil cita-cita, bertambah pengertian tentang suatu tanggungjawab atau amanah yang diberikan (andai diri tidak digelapkan hanya dengan ganjaran duniawi)

Sebagaimana tajuk artikel yang ternukil, saya cuba memberi pandangan bukan sahaja dari sudut andai seseorang itu menjadi Perdana Menteri, tetapi juga pemimpin atasan. Semenjak dua ini, saya cuba membaca pelbagai artikel dan buku-buku mengenai tokoh-tokoh pemimpin yang ada di Malaysia ini (baik yang masih ada dan sudah pulang kepangkuanNya). Sudah tentu, sesetengah artikel mahupun buku memihak kepada individu tertentu. Dan sudah semestinya, andai minda kita sukar hendak dibuka dan taksub dengan seseorang atau sesuatu, fakta sebesar gajah pun tidak dapat kita lihat.

Sesungguhnya, antara sedar atau tidak, hidup rakyat Malaysia ini dilimpahi rahmatNya. Kenapa? Begini. Terdapat beberapa artikel mahupun buku-buku yang membanding-bandingkan Perdana Menteri dan tokoh pemimpin di Malaysia ini. Antara sedar atau tidak, apa jua yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang menjadikan rakyat Malaysia kini maju dalam keunikan yang tersendiri. Bagaimana?

Tunku sebagai Ketua Menteri bersama-sama barisan pemimpin berbilang bangsa berjuang untuk memerdekakan kita daripada penjajahan, bermakna kita bebas daripada British dan kita mula mengorak langkah sendiri. Sememangnya, toleransi dan kerjasama amat perlu buat mengukuhkan perpaduan. Tidak dinafikan, Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. Sekurang-kurangnya, Tunku yang digelar Bapa Kemerdekaan bersama barisan menterinya berjaya memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Cuba fikirkan, jika kita belum merdeka, mampukah kita bersatu tika prinsip pemerintahan British adalah pecah dan perintah?

Dari 13 Mei, kita belajar dan bangkit. Tun Razak bersama barisan menteri menyusun startegi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan pendapat antara kaum. Tika itulah, pelbagai langkah asas untuk Malaysia membangun direncanakan. Kerana itu jua, gelaran Bapa Pembangunan milik Tun Razak.

Di saat kita mula mengorak langkah membina diri, Tun Razak pergi selamanya. Perpaduan antara belum sekukuh mana. Di situlah datangnya kepimpinan Tun Hussein Onn dan barisan kabinetnya penting dalam mengukuhkan apa yang diusahakan Tun Razak. Dengan perpaduan yang kukuh, barulah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dapat maju. Tidak dapat dinafikan, Bapa Perpaduan sesuai buat Tun Hussein Onn.

Datang pula era Tun Mahathir. Ada yang kurang setuju dengan pendekatannya. Ada yang melabelnya Ultra Melayu dan kurang sabar. Golongan kurang upaya ekonominya perlu terus dibantu, tetapi cara PM yang seorang ini lain sedikit. Kemajuan dan kemodenan cuba dibawa ke negara ini. Daripada negara berasaskan sumber alam, Malaysia bergerak ke arah berbeza - negara perindustrian. Kerana itu, Tun Mahathir diberi gelaran Bapa Pemodenan.

Di bawah kerajaan Dato Seri Abdullah kita lalui suasana berbeza. Buat era ini, tugasnya belum selesai. Maka, kurang adil jika saya cuba menyimpulkan yang belum tersimpul. Akan tetapi, cuba kita fikirkan. Andai kita di tempat mereka ini, mampukah kita melakukan sesuatu yang hasilnya paling tidak sehebat hasil mereka ini?

Saya tahu, dikalangan kita, masih ada yang tertinggal dan tidak terbela, dimana usaha PM terdahulu patut diteruskan. Kerana itu, terdapat beberapa artikel yang meletakkan ketidakseimbangan dibahu Tun Mahathir. Benarkah? Cuba kita fikirkan sejenak. Usaha ke arah pembelaan nasib rakyat itu juga perlu dalam memastikan keseimbangan. Keseimbangan memang perlu dapalam membentuk perpaduan. Akan tetapi, andai kita masih negara pertanian dan bukan negara perindustrian, mampukah kita menongkah arus cabaran tika kegawatan ekonomi 80an, dan 90an? Cuba fikirkan kapasiti perbendaharaan dan kewangan negara sebagai negara pertanian, apakah mampu ketika itu kerajaan membantu golongan miskin untuk maju, andai negara sendiri tidak cukup kantung wangnya?

Mengambil kira keadaan kita lebih baik sekarang, dengan perbendaharaan dan kewangan yang kukuh, sememangnya wajar kebajikan rakyat diutamakan. Di sinilah, ada pemimpin baik Barisan mahupun Pakatan, cuba membela rakyat, cuma dalam laungan berbeza. Dan tidak kurang juga, masih ada yang gelap hatinya.

Ada segelintir daripada kita secara umumnya, lebih suka berkata "Kalau aku jadi pemimpin, aku akan buat itu, ini, macam ini, macam itu" yang mana, terkadang, tidak mengambil kira beberapa faktor yang memungkinkan itu, ini, macam itu, macam ini tidak berhasil. Terkadang mulanya baik dan ikhlas, tetapi buta dan gelap di pertengahan jalan. Ada juga kalanya seseorang pemimpin terpaksa melakukan sesuatu yang tidak begitu popular, tetapi untuk kebaikan rakyat.

Bukan senang untuk menjadi pemimpin, dan buat pemimpin, bukan itu alasan untuk sambil lewa. Rakyat kini sudah semakin bijak. Transformasi rakyat Malaysia menjadikan pemimpin kini tidak boleh menyimpang jalannya.

Jika anda menjadi Perdana Menteri, apakah anda akan lakukan untuk rakyat Malaysia?

Wallahualam...

Jumaat, Oktober 17, 2008

Analogi Tikus Belanda: Businessmen's Blunder?


Jika pada April '08 dahulu, "analogi tikus belanda" versi saya sendiri ternukil, kali ini tidak jauh beza mesej yang cuba disampaikan. Cuma, kali ini mengambil kira etika peniaga/usahawan yang sesetengahnya teramat opportunist sehingga sunnah Rasulullah yang satu ini, iaitu berniaga disalaherti dan dipraktikkan secara tidak beretika.

Mari kita imbas senario pada tahun ini sahaja. Sejak kenaikan mendadak harga minyak, kebanyakan harga barang-barang naik dengan alasan untuk menanggung kos pengangkutan. Bukan sahaja barang seharian, tetapi, untuk sesetengah yang menjual perkhidmatan, pun turut serta menaikkan harga. (Harga barang naik, harga perkhidmatan naik...gaji pekerja???). Alasan kebanyakan peniaga dan usahawan kerana harga minyak naik saya terima secara logik akal. Kenaikan 70 sen bagi petrol amat dirasai. Bagi yang makan gaji yang cuma menggunakan petrol untuk pergi dan balik kerja pun terasa bebannya, inikan pula para peniaga dan usahawan yang saya kira perlu berjalan ke sana sini menguruskan dan memperkembangkan perniagaan. Memang parah.

Itu berbulan dahulu. Sehingga ke hari ini, harga minyak telah diturunkan beberapa kali. Namun, peniaga-peniaga tidaklah pula hendak turunkan harga. Apa pula ya alasan kali ini?

Pagi tadi, saya berkesempatan mendengar radio ERA yang membuka topik tentang harga minyak turun dan harga barang. Pada mulanya, saya menjangkakan, tiada peniaga yang akan menelefon memberikan pendapat, tetapi jangkaan saya meleset. Ada juga hamba Allah yang memberi komen. Cuma, yang menariknya, hamba Allah ini memberitahu, ianya terpulang kepada pembekal. Bermakna disini, si peniaga ini meletakkan kesalahan kepada pembekal pula. Bukankah, pembekal itu juga peniaga dari satu aspek? Jika yang membekal adalah para petani dan penternak, saya pasti majoriti "Top 1000" orang paling kaya di Malaysia ini terdiri daripada golongan petani dan penternak. Sudah tentu, tiadalah petani atau penternak yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apakah ini realitinya?

Saya akui, salah satu prinsip asas dalam berniaga adalah untuk mencari keuntungan. Namun, apalah nilai keuntungan nilai wang ringgit andai sosial ekonomi masyarakat menjadi porak peranda. Kita ambil contoh keadaan sosial ekonomi di negara jiran kita, Indonesia. Golongan kaya mereka adalah lebih kaya daripada golongan kaya di Malaysia. Tetapi, yang miskin, lebih miskin daripada golongan miskin rakyat Malaysia. Hendakkah kita akan keadaan itu di sini? Berdasarkan keadaan sosio-ekonomi Indonesia itu, apakah kita harus hairan mengapa begitu ramai rakyat Indonesia di negara kita?

Kestabilan ekonomi negara bukan hanya terletak kepada polisi dan perlaksanaan kerajaan, kestabilan politik, kemajuan teknologi dan isu alam sekitar, tetapi juga kuasa beli rakyat dan juga kadar inflasi. Jika salah satu terganggu, maka pincanglah harmoni sosio-ekonomi negara.

Kerana itu, setiapkali ekonomi sesebuah negara bergolak, kita harus fikirkan apakah puncanya. Kerap kerajaan dipersalahkan, bukan golongan yang berniaga (Takkan salah orang yang makan gaji pula, kan?). Kita ambil contoh krisis kewangan sub prima yang melanda Amerika Syarikat dan menular ke Eropah. Hasil daripada para peniaga yang ingin keuntungan yang segera, sesebuah kerajaan terpaksa menggunakan DUIT RAKYAT untuk menyelamatkan PENIAGA yang tamak.

Sesungguhnya, saya tidaklah melabel semua peniaga sebagai tamak dan tidak beretika. Ada yang baik dan beretika. Cuma, kerana segelintir yang LUPA akan putaran hidup ini (kerana GELAP dek panahan kemewahan wang ringgit) yang menyebabkan ramai yang menderita. Ini belum mengambil kira halal haram mengikut perspektif Islam.

Umpama "terdengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan tika belum tentu turunnya hujan" lagak peniaga yang tamak. Jika tamaknya umpama anjing dan bayang-bayang tidak mengapa, tetapi saya kecewa bilamana tamaknya peniaga itu menyebabkan orang lain turut terkena...

Wallahualam...

Jumaat, Oktober 10, 2008

Al-Kisah Andipool: Mari Kita Main Tuding Jari


Nukilan kali ini tercetus kerana pembacaan dan pemerhatian saya komen-komen yang tersurat di laman blog Jebat. Bagi yang membaca isi kandungan artikel Jebat dan juga ulasan-ulasan yang diterima (yang juga dimaklumbalas oleh Jebat), pastinya kelibat "Andipool" tidak lekang kelihatan memberi ulasan. Biarpun, nyata dan jelas ada antara ulasan diberi merupakan potong dan tampal, namun, "mesej"nya dapat disampaikan. Cuma, agaknya, mesej Jebat dan pembaca lain tidak tersampai kepadanya.

Saya di sini bukan untuk mengulas isi kandungan apa yang disampaikan oleh Andipool. Akan tetapi, lebih kepada mentaliti pemikirannya berdasarkan persepsi pemikirannya. Ianya tiadalah sesuatu yang unik, cuma ianya "menarik".

Ada pepatah mengatakan "Mata pena lebih tajam dari mata pedang". Ketajaman Mata Pedang itu berdasarkan penulisan yang hasil akal dan minda yang menyuratkan yang tersirat. Pengaruh penulisan dalam hidup dan pemikiran kita memang tidak dapat dinafikan. Bermula daripada Mata yang membaca (atau tangan yang merasa bagi yang buta), maklumat yang dibaca dihantar ke otak untuk ditafsirkan. Cuma, antara yang menjadi pembentuk peribadi kita adalah, sumber pembacaan, isi kandungan dan ideologi yang cuba disampaikan oleh penulis. Dari pembacaan, penglihatan, pengalaman, dan pelbagai 'pe' lagi, persepsi minda akan terbentuk.

Siapakah Andipool ini? Berdasarkan salah satu ulasan yang diberi ialah: "Yes, I am not a Malay but an East Malaysian bumiputra–the orang asal. As for my profession, I am a civil servant. I am an officer in the grade 41 category for 20 years. A junior 2nd generation Indon(now considered a Malay like Khir Toyo) was promoted over me." Kenyataannya ini saya ambil bulat-bulat daripada ulasannya sendiri. Apa yang dapat kita perhatikan?

Daripada pengamatan saya, dia merintih nasibnya dan menyalahkan orang lain di atas ketidak upayaannya sendiri. Dengan mengatakan orang yang lebih muda daripadanya dinaikkan pangkat, dia menyalahkan orang lain diatas kejadian tersebut. Cuba fikirkan..dia telah bekerja 20 tahun, iaitu satu tempoh yang lama untuk mana-mana sektor pekerjaan. Dia kurang berjaya dinaikkan pangkat, tetapi dia menyalahkan Tun Dr Mahathir diatas segala polisi kerajaan zaman pemerintahan Tun (walaupun ada yang sejak zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan juga di zaman Pak Lah).

Saya pernah bertembung dengan beberapa orang yang juga menyalahkan Tun di atas kekurangan yang dialami oleh sesetengah pihak di Malaysia ini. Antara persoalan yang pernah ditimbulkan ialah, kenapa Tun tidak menurunkan ilmunya kepada orang-orang lain dan menerangkan secara jelas bagaimana mahu lakukannya. Terkadang, geli hati juga, tetapi ia sebenarnya bukan sesuatu yang melucukan.

Hakikatnya, kita dianugerahkan akal dan minda untuk berfikir. Ilmu dan pengetahuan yang diperolehi, haruslah dinilai apakah ianya benar atau tidak. Jika benar, amalkanlah ia. Jika membawa kepada keburukan, ambil teladan dan cari penyelesaiannya. Andai Saudara Andipool ini kurang berjaya, seharusnya dia mencari di mana silapnya dia sampaikan tidak dinaikkan pangkat. Cuba perbaiki diri sendiri daripada asyik meuding jari ke arah orang lain. Contoh Andipool ini merupakan salah satu kisah antara berjuta rakyat Malaysia.

Ada antara kita yang 'terperangkap' dalam isu ini dan tidak menyedarinya. Terkadang, kita lebih suka menuding jari daripada mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Tiadalah salah untuk berhenti atau langkah kebelakang seketika untuk menilai diri sendiri sebelum melangkah kehadapan. Pepatah ada mengatakan, "Berundur tidak semestinya Kalah". Fikir-fikirkanlah...

Apakah kita terlupa, secara fizikal dan normal apabila menuding jari..berapa jarikah yang menunjukkan kepada diri sendiri???

Wallahualam....

Isnin, Oktober 06, 2008

14 Jalur Gemilang, 13 Jalur? (Anwar untuk Presiden Amerika???)


"WASHINGTON: Selepas dua minggu didebatkan, Presiden George W Bush semalam akhirnya menandatangani pakej penyelamat institusi kewangan bernilai AS$700 bilion selepas Dewan Perwakilan meluluskannya kelmarin. Kini seluruh dunia menanti untuk melihat sama ada pakej itu akan berkesan mengelak ekonomi Amerika Syarikat daripada terjerumus ke dalam kemelesetan atau sebaliknya.

Reaksi awal selepas Dewan Perwakilan meluluskannya kelmarin tidak memberangsangkan. Indeks penanda aras pasaran saham New York, jatuh 157 mata kelmarin - selepas jatuh 778 mata Isnin lalu berikutan penolakan awal pakej itu oleh Dewan Perwakilan. Kejatuhan kelmarin didorong perangkaan pengangguran yang lebih tinggi. Bush dan Kongres menekankan pakej itu amat penting. "Kita bertindak berani untuk mengelak krisis di Wall Street menjadi krisis di seluruh negara," kata Bush.

Katanya ekonomi Amerika masih berdepan dengan cabaran serius. "Jika kita tidak membuat sesuatu, krisis ini akan bertambah teruk dan negara akan terjerumus dalam kemelesetan yang tidak pernah dialami sebelum ini," kata Ketua Parti Republikan di Dewan Perwakilan, John Boehner. - AP (dipetik daripada Berita Harian, 5 Oktober 2008) "

Hampir satu dekad yang lalu, Malaysia beserta beberapa negara serantau terpaksa mengharungi satu detik yang sukar akibat kegawatan ekonomi. Ramai yang sedia maklum, Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir punya acuan tersendiri untuk menghadapi krisis tersebut. Biarpun langkah yang diambil tidak disukai Barat, namun, kita ("KITA" kerana biarpun ada antara kita yang tidak setuju dengan cara TDM, namun, hasil kepimpinan TDM dan kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya yang seterusnya memberi keyakinan kepada aktiviti ekonomi negara) berjaya mengharungi detik sukar tersebut. Alhamdulillah...

10 tahun telah berlalu dan 14 Jalur Gemilang terus berkibar mengharungi cabaran yang seterusnya. Kini, putaran roda krisis ekonomi tiba seperti yang dijangkakan oleh pakar-pakar ekonomi. Cuma, kali ini, giliran negara 13 Jalur di benderanya pula menghadapainya dahulu. Hasil "kebijaksanaan" pakar-pakar kewangan Barat, mereka mula "menikmatinya".

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut apa yang telah, sedang dan kemungkinan apa yang 13 Jalur itu akan lakukan, tetapi jelas kepada kita, tidak semesti cara yang dianjurkan oleh Barat sesuai untuk digunapakai oleh kita. Tun Dr Mahathir dan Malaysia telah membuktikannya dengan izinNya.

Kini, terlintas difikiran saya akan bantuan dan kuasa yang dilaungkan oleh seorang pemimpin itu yang berikrar untuk membantu rakyat untuk menghadapi krisis ekonomi seharian dengan manifesto-manifesto dan janji-janji politiknya yang berdegar-degar. Andai situasi ekonomi Amerika sendiri memerlukan USD700 billion untuk memulihkannya, daripada manakah pelaburan yang didakwa mahu dibawa masuk oleh pemimpin tersebut yang bernilai berbillion USD? Halwa telinga saya sudah tidak dapat lagi mendengar janji itu akan ditunaikan (Atau mungkin kerana beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri lagi agaknya, sebab itulah pelaburan itu tidak dapat direalisasikan).

Cuba kita bayangkan andai rancangan 16 September 2008 itu diizinkanNya hampir sebulan dahulu, agaknya apakah pula kenyataan yang bakal terpacul keluar dari pemimpin tersebut yang petah berbicara. Dikala Amerika sendiri memerlukan bantuan USD700 billion untuk membetulkan diri sendiri, apakah mungkin dana pelaburan berbillion USD itu dapat diberikan kepada Malaysia? Sungguh pemurah dan mulia 13 Jalur itu andai ianya terjadi. Sanggup bersusah-susah membantu orang lain tetapi diri sendiri tidak terbantu. Polisi baru agaknya.

Pasti, antara kita ada terbaca kenyataan dan ucapan yang agak terbaru daripada pemimpin tersebut dan juga artikel-artikel yang menyatakan bahawa beliaulah yang merencanakan pelan ekonomi Malaysia ketika krisis kewangan 1998. Hairan ya, tika sibuk melaungkan reformasi jalanan dan sedikit sebanyak menjejaskan harta dan ketenteraman awam, yang tidak lama kemudiannya dipenjarakan, beliau boleh dikatakan yang merancang pemulihan ekonomi Malaysia? Mungkin teori beliau boleh merancang, mengarah dan memastikan perancangannya daripada sel penjaranya, tetapi seingat saya, beliaulah yang beria-ia mahukan bantuan kewangan IMF buat Malaysia, menaikkan kadar faedah dan apa jua acuan Barat. Itukah pakar yang dikatakan? Jika ya, silakanlah Barat, ambillah dan laksanakanlah cara yang dianjurkannya. Ambil terus jadi Presiden pun tidak mengapa. Pasti berjaya.

Sesungguhnya, kita punya akal anugerahNya. Belajar daripada apa yang sudah terjadi dan sejarah secara amnya. Ambil teladan dan pengajaran. Gunakan maklumat dan intipati yang kita ada untuk menjana dan rancang 'perjalanan' yang seterusnya. Biar kita terjatuh dan kita belajar dan bangkit, tetapi jangan jatuh ditempat yang sama...


Wallahualam

p/s: Satu klip video yang menarik untuk tontonan...

Isnin, September 29, 2008

Waminal Walfaizin Aidifiltri Mubarak



Malam ini, entah kelihatan atau tidak anak bulan Syawal. Entah esok, entahkan lusa. Ramai menjangkakan Aidilfitri tahun ini disambut pada 1 Oktober 2008.

Walauapapun, harapnya Ramadhan ini sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan dan teladan buat kita.

Dengan kesempatan ini juga, beribu kemaafan tulus dipohon andai ada salah dan silap baik dari tutur kata mahupun perbuatan.

Salam Aidilfitri ikhlas daripada kami sekeluarga

Khamis, September 25, 2008

Cakap Talak Selupa Bikin (Cakap Tak Serupa Buat)

Pastinya ungkapan ini tidak asing bagi kita. Biasanya tutur kata itu terpacul keluar bila mana sesuatu yang dijanjikan tidak dikotakan. Janji di sini bukan semesti akujanji yang formal, tetapi ungkapan seperti "Nanti aku buat", "Akan dilaksanakan" atau mana-mana yang seangkatan dengannya terucap. Ianya sudah, sedang dan boleh berlaku baik dalam bidang politik, perniagaan, pekerjaan mahupun urusan seharian.

Kebiasaannya, ungkapan ini terkeluar berserta perasaan kurang senang kerana kegagalan pihak yang berjanji gagal mengotakan kata.

Ianya bukan semesti berlaku dalam urusan kita, tetapi juga di hadapan mata kita di antara satu pihak dengan pihak lain. Bagi rakyat Malaysia umumnya, kejadian ini sedang berlaku terang-terangan. Dari 16 September hinggalah 24 September yang akhirnya tidak bertarikh, barisan MP yang akan melompat, tidak direalisasikan lagi. Bukan memihak mana-mana parti politik, tetapi saya memberi pandangan dari sudut neutral. Hairan saya kerana apabila difikirkan secara logik akal, bagi seseorang yang tidak pernah lelah berhenti melaungkan perubahan dan pernah menyokong demonstrasi secara tidak langsung mahukan 'pertukaran tampuk pemerintahan berjalan lancar'.

Itu cerita satu pihak. Di satu pihak lagi, pernah terdetik suatu kisah ketika untuk minyak tidak naik harga. Kata terucap tidak tersokong kurang dari jarak masa kita boleh terlupa, harga minyak naik yang menyebabkan ramai 'naik minyak'. Akan tetapi, syukurlah, sedikit sebanyak penurunan harga bahan mentah yang diumumkan 2 kali sejak kenaikan menyejukkan sedikit hati rakyat jelata.

Di pihak yang berkaitan pula, iaitu para peniaga, sungguh cepat naik harga apabila sesuatu terjadi (baik berita baik - bonus mahupun kenaikan gaji sektor kerajaan, mahupun berita kurang elok seperti kenaikan harga minyak), tetapi cukup susah untuk turunkan harga. Apabila harga barang naik, peniaga acapkali menggunakan alasan "kerugian", tetapi apabila harga turun, tiadalah pula kedengaran suara-suara sumbang para peniaga. Dan ada yang tidak kurang juga peniaga yang mengambil kesempatan di atas toleransi pihak berkaitan dengan perniagaannya. Sebagai contoh, pinjaman yang diberikan. Apabila perjanjian sudah termaktub, tunaikanlah perjanjian itu.

Saya bukan memandang negatif ke atas semua perkara. Baik berpolitik, berniaga mahupun apa jua urusan seharian, tiadalah semuanya hodoh dan buruk serta kotor. Cuma, yang menjadikan ia adalah sikap sebilangan kita sendiri. Sebagai contoh, ada yang terang mengatakan polis mengamalkan rasuah. Perlu diingatkan, tidak semua bersikap begitu. Seandai majoriti atau semua polis rasuah, saya rasa, perompak penyamun mampu membayar pihak polis untuk tidak menangkapnya selepas melakukan rompakan. Dan pastinya, hidup kita sudah lama tidak aman.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Entah bila kita berkesempatan menemuinya lagi. Sama-samalah kita, baik saya mahupun saudara saudari mengambil segala kesempatan yang ada untuk menunaikan janji kita kepadaNya saat roh ditiupkan ke jasad kita.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan munafik yang cakap talak selupa bikin...

Wallahualam...

Sabtu, September 20, 2008

"Ala, seringgit je?"


Dalam 10 hari lagi, Ramadhan bakal pergi, dan Syawal menjelma. Bagi mereka yang sempurna rukun Islam yang ketiga - berpuasa di bulan Ramadhan, tibalah saat merayakannya (kecualilah bagi mereka yang uzur secara semulajadi dimaafkan, yang 'uzur' itu, semoga terbuka pintu hati untuk bertaubat). Sepanjang Syawal, umat Muhammad akan saling kunjung mengunjung, ziarah menziarahi, maaf bermaafan sesama ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan bagi mengeratkan talian silaturrahim.

Sebagaimana yang sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, kita akan menerima kunjungan jiran-jiran kecil entah daripada pelusuk mana ingin berhari raya. Mereka akan datang samada dalam platun kecil (terdiri daripada 3 atau 4 orang, bergantung kepada 'strategi') dan berbaju hari raya ingin berhari raya di rumah kita. Dan sudah tentunya, kita sebagai tuan rumah akan menerima dengan hati terbuka atau 'terbuka' (takkan nak halau pula, ye tak?).

Lazimnya, mereka akan masuk, duduk seketika, tengok apa kuih yang sedap, jamah sikit sementara kita cuba beramah mesra (al-maklumlah, semangat muhibbah hari raya). Dalam 3, 4 minit, mereka akan renyah (tidak selesa duduk lagi) seperti disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Secara normalnya, kita akan tertanya,"Kenapa dik? Nak balik dah ke?" (dalam pada kita pun dah habis modal nak berbual). Babak seterusnya tidak perlulah saya teruskan kerana sedikit sebanyak boleh terbayang di minda masing-masing. Salam dihulur, sampul duit raya bertukar tangan (itu pun kalau kita ada sediakan), yang mana, terkadang ucapan terima kasih dan selamat hari raya tidak terucap.

Bagi yang beradab, mereka tidak akan buka sampul duit raya di hadapan pemberinya. Bagi yang matanya nampak "RM", faham-faham sahajalah. Kalau sampul itu ringan, senyuman akan terukir sedikit. Akan tetapi, jika sampul tu berat dan ada berbentuk bulat (duit syiling), ekspresi muka pasti berubah sedikit. Lagi parah, kalau sampul dibuka hanya sekeping nota RM1 yang didapati dan disusuli "Ala, Seringgit je?" (sampaikan terkadang tak kisah menuturkannya dihadapan kita). Jika 'hasil' lumayan, maka bersiap sedialah - sedia untuk menerima gerombolan yang seterusnya.

Hairan, kecil-kecil sudah terdidik untuk melihat wang ringit. Nilai muhibah, bermasyarakat, budi bahasa, sopan santun seakan tidak tertanam di generasi muda sekarang. Kita sebagai orang yang dewasa dan lebih matang daripada mereka seharusnya, bukan, sepatutnya mendidik dan menanamkan nilai-nilai mulia itu di generasi muda kita. Bukan sekadar mendidik, malah menjadi contoh kepada mereka.

Iklan Petronas ini mungkin tidak seperti situasi yang digambarkan tadi, tetapi unsur-unsur itu tetap ada. Hayati mesej yang tersirat. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk perubahan yang lebih baik bagi kita di dunia, mahupun di akhirat kelak...dan semoga 10 malam terakhir Ramadhan ini kita dapat penuhi dengan amal ibadah dan berkesempatan di Lailatul Qadar...

Wallahualam...

Rabu, September 10, 2008

Kacang? Kulit? Lupa?


Artikel pilihan yang saya cuba olah menerima reaksi yang berbeda. Mungkin tidak pada isi kandungan, tetapi percubaan 'gila' saya mengolah artikel tersebut mengambil kira pendek panjangnya artikel tersebut. Walauapapun, harapan saya agar artikel tersebut dapat kita fikir-fikirkan dan bertindak dengan sewajarnya.

Saya punya sebab tersendiri mengapa saya memilih artikel tersebut. Antaranya ialah isi kandungan artikel asal itu ada berunsur sejarah (walaupun tidak setebal nota ringkas subjek Sejarah) dan kesedaran yang mana terdapat dikalangan kita yang terlupa akannya. Terdapat pelbagai artikel berkaitan yang saya baca tentang bagaimana sesetengah daripada kita lupa akan betapa susahnya penduduk asal negara ini sejak penjajahan bangsa asing. Pilu hati apabila melihat dan mendengar ada yang lupa sejarah dan asal-usul terbentuknya Malaysia ini. Apakah sejarah sekadar pelengkap mata pelajaran di sekolah semata?

Faktor kedua yang menggerakkan saya untuk mengabadikan (maaf, tiada terfikir ketika ini perkataan yang lebih sesuai) adalah sekelumit unsur sejarah itu diolah dalam bahasa sendiri - Bahasa Melayu.

Beberapa hari lalu saya terdengar siaran stesen radio berbahasa inggeris di waktu pagi dimana DJ di waktu itu memberi sepotong dua ayat bahasa inggeris kepada para pendengar untuk menukarkannya ke bahasa melayu(bersempena peperiksaan besar yang bakal/sedang berjalan). Sebagaimana 'biasa', ada yang berjaya, ada yang kurang dan ada yang tidak. Terkadang, proses 'penukaran' itu menghasilkan sesuatu yang lucu.

Namun, di sebalik kelucuan dan ke'biasa'an itu, minda ini terfikir, andai yang berusaha itu bukan bumiputera, saya boleh terima..tetapi Melayu? Hairan melihatkan lidah sesetengah Melayu petah berbicara dalam bahasa inggeris, tetapi lemah bahasa ibundanya sendiri? Tidakkah pilu kerana sesetengah anak Melayu gagal bahasa Melayu? Terlalu modenkah sampai bahasa Melayu sudah seakan terhakis?

Penguasaan bahasa, baik apa jua bahasa sekalipun, amat perlu kerana ianya menjadi salah satu elemen dalam komunikasi. Tanpa penggunaan yang betul, mesej yang cuba dihantar mungkin tersalah tafsir.

Walauapapun, diharap kita tidak menjadi kacang-kacang yang terlupa akan 'kulit'nya. Apa yang 'kulit'nya, empunya diri masing-masing yang tahu. Biarlah bersempena Ramadhan yang mulia ini kita bermuhasabah lebih dari biasa untuk mencari pengertian hidup ini.

Wallahualam...

Selasa, September 09, 2008

Artikel Pilihan: "Pakatan Rakyat - Kill with a Borrowed Knife"


Artikel ini saya ambil daripada http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/08/25/pakatan-rakyat-kill-with-a-borrowed-knife/ dan saya olah ke Bahasa Melayu supaya antara kita yang penguasaan bahasa inggeris agak kurang boleh memahami mesej yang tersirat di sebalik apa yang tersurat. Terdapat sedikit sebanyak ada olahan, pertambahan dan pengurangan 'perkataan' saya buat supaya aliran mesej tidak kaku dan sesuai dengan pemahaman kita. Ada sesetengah perkataan yang tidak dapat saya ubah kerana ianya sukar diterjemah secara terus ke bahasa melayu.

Sila habiskan pembacaan, hayati apa yang ternukil dan fikirkan sebelum akal dikuasai emosi.

Tajuk kepada artikel ini berkemungkinan tidak masuk akal kepada sesetengah daripada kita. Sebelum saya pergi dengan lebih jauh, mahu atau tidak, saya perlu 'bercerita' dengan lebih lanjut yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya harap, anda dapat bersabar dengan saya.

Di negara ini, (antara sedar atau tidak) setiap kali antara kita mengecap orang lain sebagai 'racist' (orang yang mengamalkan sifat perkauman), implikasinya amat buruk, tidak kira si pengecop dan yang dicop. Semestinya ada sebab musabab dan rasional yang menjadi provokasi kepada sesuatu yang sensitif dikalangan masyarakat negara kita. Terdapat tiga perkara yang sensitif yang seharusnya setiap rakyat Malaysia awasi. Malahan, sebenarnya ia telahpun bersebati didalam amalan budaya hidup kita setelah 50 tahun kemerdekaan dan tidak lagi menjadi sesuatu yang leceh mahupun satu keanehan. Ia telah pun menjadi salah satu asas toleransi di dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

Perkara-perkara itu adalah; kesucian agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, hak dan kedudukan istimewa Melayu dan bahasa Melayu serta kedudukan Raja Raja Melayu.

Sejak 1957, adalah menjadi sesuatu yang penting untuk moderasi dalam interaksi antara satu sama lain. Dengan berlatarbelakangkan Perlembagaan Malaysia, generasi awal kemerdekaan pernah berkata berkenaan dengan masyarakat Malaysia yang pelbagai adat dan budaya;

Ucapan oleh Presiden MIC, Tun V.T. Sambanthan di Parlimen pada 1 Jun 1965:

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship. If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens. As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.” ("Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika jita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.")

(Sila ambil perhatian dimana ucapan ini disampaikan sebagai 'jawapan' kepada pemimpin PAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia)

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, di dalam sebuah artikel akhbar tempatan bertajuk - “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” (Tun Tan menjawab Kritik tentang hak Keistimewaan) pada 30 April 1969, berkata: “The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent who were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States, obtained their citizenship. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.” ("Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.")

(Sila ambil perhatian di mana ucapan ini disampaikan sebelum pilihanraya 1969 yang dinodai oleh ekstrimis perkauman yang mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan yang ditimbulkan oleh DAP dan Gerakan)

Untuk menenangkan kemarahan Melayu dalam 1970, Allahyarham Tun Dr Ismail berkata dalam isu "Hak Istimewa " selepas DEB ditubuhkan:

“This proved a less intractable problem because the leaders of the Alliance realised the practical necessity of giving the Malays a handicap if they were to compete on equal terms with the other races. The only point of controversy was the duration of the ’special position’ — should there be a time limit or should it be permanent? I made a suggestion which was accepted, that the question be left to the Malays themselves, because I felt that as more and more Malays became educated and gained self-confidence, they themselves would do away with this ’special position’ because in itself this ’special position’ is a slur on the ability of the Malays and only to be tolerated because it is necessary as a temporary measure to ensure their survival in the modern competitive world: a world to which only those in the urban areas had been exposed.” ("Ini tidak menjadi suatu masalah kerana pemimpin Perikatan menyedari keperluan untuk memberi Melayu bantuan jika mahu mereka bersaing secara setara dengan bangsa lain. Yang menjadi satu-satunya kontroversi adalah tempoh masa "Hak Istimewa" - adakah patut ianya mempunyai had masa atau kekal? Saya telah membuat cadangan yang telah diterima, persoalan ini bergantung kepada Melayu sendiri, kerana, saya merasakan dengan pertambahan Melayu yang berpendidikan dan berkeyakinan diri, mereka sendiri yang akan mengenepikan 'Hak Istimewa' kerana ianya adalah satu penghinaan kepada keupayaan Melayu dan cuma boleh ditoleransikan kerana ianya bersifat sementara dalam memastikan 'survival' di dunia yang kompetetif: satu dunia di mana kawasan urban telah diterokai."

Kerana itulah, DEB diberi masa 20 tahun dan objektif untuk mencapai 30% daripada kekayaan telah dimatlamatkan buat Melayu, termasuk kaum Bumiputra yang lain.

Saya perlu untuk mengingatkan pembaca tentang Rusuhan Kaum 13 Mei 1969. Ramai yang telah membuat analisis berkenaan dengan hari yang mendukacitakan itu. Ada pandangan baru yang diberi tentang insiden menunjukkan bahawa ia adalah suatu rampasan kuasa politik yang diketuai oleh Tun Razak terhadap Tunku Abdul Rahman. Betapa sempitnya interpretasi yang dibuat tentang rusuhan tersebut. Kebanyakan rujukan dibuat berdasarkan analisis yang datangnya daripada dokumen yang diperoleh daripada London yang mana ianya adalah hasil catatan Perisikan British ("British Intelligence") (dalam erti kata lain, pandangan Barat terhadap rusuhan tersebut)

Sejak kemerdekaan kita, Barat acapkali tidak memberi harapan dengan apa yang kita lakukan. Mereka menjangkakan, sebaik kita memperoleh kemerdekaa, Persekutuan Malaya tidak akan bertahan lama disebabkan oleh perbezaan budaya dan etnik.

Dan tanggapan mereka juga hampir-hampir menjadi kenyataan apabila Peristiwa 13 Mei terjadi di negara kita. Mereka sebenarnya 'mengucapkan tahniah' sesama mereka kerana 'ramalan' mereka betul dan seakan memberitahu "Kan kami dah kata!"

Hampir kesemua laporan pada masa itu berat sebelah dan tidak berobjektif. Gambarannya adalah sama seperti kritik-kritik yang Malaysia terima ketika kita mengambil langkah kawalan kewangan pada 1998. Tentu kita masih ingat bagaimana kita 'dibelasah' oleh komuniti antarabangsa berkenaan langkah kita. Hari ini, apa yang Malaysia telah lakukan telah terbukti dan kebanyakan negara Barat terutamanya Amerika Syarikat menggunakan cara dan acuan yang sama seperti apa yang telah kita lakukan pada masa krisis.

Walauapapun, laporan-laporan yang kurang elok dan lemah itu adalah hasil para penganalisis berdasarkan persepsi mereka sendiri terhadapa peristiwa 13 Mei. 1969. Tambahan lagi, analisis yang dilakukan itu tidak mengambil kira apa yang terjadi sebelum 13 Mei berlaku. Mereka mengabaikan peranan kumpulan ekstrimis dari kalangan bangsa Cina dalam mempersoalkan sentimen Melayu. Sejak 1964, perasaan perkauman telah tersebar disebabkan oleh PAP yang melaungkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Dengan Parti Perikatan kehilangan beberapa kerusi pada Pilihanraya Umum, 'tekanan emosi' sesama kaum akhirnya meletus selepas perarakan kemenangan DAP dan Gerakan pada 11 dan 12 Mei yang mempersendakan Melayu di Kampung Baru. Sepanduk dan slogan yang sensitif serta peserta demonstrasi mempersendakan orang-orang kampung di Kampung Baru.

Sementara itu, perarakan seumpama dianjurkan oleh UMNO sebagai jawapan kepada cabaran daripada pihak lawan pada 13 Mei 1969. Walaubagaimanapun, pada hari tersebut, seorang pegawai tentera berbangsa Melayu telah dibunuh oleh pelampau Cina sebaik dia dan isterinya keluar dari sebuah pawagam di petempatan Cina di Bukit Bintang. Golongan Melayu yang marah dengan kejadian itu mengamuk dan membalas dengan membunuh dua penunggang Cina kebetulan melalui kawasan tersebut. Insiden itulah yang menjadi titik tolak rusuhan pada hari tersebut. Pasti antara kita masih ingat bagaimana Datuk Harun Idris, sebagai Ketua Pemuda UMNO, berdiri di atas sebuah bas di Kampung Baru, menggesa Melayu untuk mempertahankan maruah. Sesetengah mengatakan beliaulah punca rusuhan. Akan tetapi, bagi kebanyakan, beliau dilihat sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu. Kedudukan Perdana Menteri yang semakin lemah pada masa itu tidak mampu untuk mengembalikan kestabilan dan harmoni di antara parti politik yang bertelagah. Bagi mengetahui kisah sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah menyediakan satu laporan rasmi bagi rujukan orang ramai. Laporan ini pada mulanya dikritik atas ketepatan isi laporannya. Namun, ianya dibidas oleh Tun Haniff Omar dalam artikelnya tahun lepas.

Walauapapun, Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen dalam Oktober 1969 menerangkan dengan jelas unsur ekstrimism daripada kedua belah pihak, dikenali sebagai perhubungan Sino-Melayu di Malaysia: ‘The eruption of violence on May 13 was the result of an interplay of forces. These include a generation gap and differences in interpretation of the constitutional structure by the different races in the country; the incitement, intemperate statements and provocative behaviours of certain racialist party members and supporters during the recent General Election; the part played by the Malayan Communist Party (MCP) and secret societies in inciting racial feelings and suspicion; and the anxious, and later desperate, mood of the Malays with a background of Sino-Malay distrust, and recently, just after the General Elections, as a result of racial insults and threat to their future survival in their own country’ ("Keganasan yang meletus pada 13 Mei adalah disebabkan oleh interaksi oleh kuasa-kuasa yang terlibat. Ini termasuk jurang generasi dan perbezaan interpretasi terhadap struktur Perlembagaan oleh bangsa-bangsa di negara ini; kenyataan provokasi, kenyataan ekstrim dan sikap provokasi daripada sesetengah ahli parti kaum dan penyokongnya ketika pilihanraya umum; babak yang dimainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi gelap di dalam menyebarkan perasaan perkauman dan syak wasangka; dan kebimbangan, yang kemudiannya bertukar kepada kemarahan Melayu dengan berlatarbelakangkan ketidak percayaan hubungan Sino-Melayu, dan baru-baru ini sebaik selepas pilihanraya umum, akibat daripada penghinaan kaum dan ancaman terhadap survival masa hadapan di negara mereka sendiri).

Maka, berdasarkan keadaan di atas, bolehlah kita putuskan bahawa ekstirmism amat berbahaya di dalam masyarakat kita yang terdiri dari berbilang kaum. Ada juga sebilangan kecil di Malaysia ini yang berfikir kemerdekaan yang dicapai dipeejuangkan oleh bangsa Cina, bukan Melayu. Mereka percaya bahawa Melayu peroleh dengan mudah, sementara Cina menentang Jepun dan British melalui taktik dan perang gerila. Mereka gagal untuk melihat yang Melayu menentang untuk kedaulatan sejak dahulu lagi melalui pemberontakan Datuk Maharajalela, Panglima Dol Naning dan Datuk Bahaman, sebagai contoh. Sir Frank Swettenham, di dalam suratnya, mendedahkan bahawa populasi masyarakat Melayu berkurangan ketika perebutan kuasa antara British dan Melayu untuk menguasai lombong bijih.

Kini, kita tiba di idea utama artikel ini.

Setelah 51 tahun di bawah pentadbiran BN, kerajaan BN kini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai kerjaan perkauman. Ini diikuti dengan penyokong mereka dan diulangai oleh sebilangan rakyat yang termasuk dalam mengkritik kerajaan. Anwar selalu mendakwa bahawa beliau membawa sistem yang seimbang dan adil di mana golongan miskin tidak akan diabaikan. Beliau menambah polisi BN sekarang cuma memihak kepada Melayu semata. Beliau akan berulang kali mengucapkan perkara yang sama sehingga ramai yang mempercayainya. Secara tidak langsung, media akan melaporkannya dan tidak perlu mejadi seorang yang bijaksana dengan kebanyakan dalam masyarakat Malaysia adalah idealist, apa yang dibawa beliau akan dianggap sebagai era baru bagi keadilan dan keseimbangan.

Akan tetapi, kesilapan besar yang antara kita tidak dapat lihat ialah, apa jua Anwar berhujah, adalah perkara-perkara yang selama ini dilakukan oleh BN. Sistem yang telah dipraktikkan, DEB sebagai contoh sejak 1970 dan Dasar Pembangunan Negara (since 1990) tidak bermaksud menjadi polisi perkauman. Adalah satu JURANG YANG BESAR antara polisi perkauman dan polisi 'selective discrimination' yang secara popularnya dikenali sebagai "affrimative action" (pelan tindakan yang jitu). Banyak negara, termasuk US mengaplikasikannya. Didalam artikel saya yang sebelumnya, saya telah menyatakan sebab kenapa pelan tindakan penting di Malaysia. Akan tetapi, artikel ini ditulis bukan kerana kepentingan pelan tindakan itu, tetapi sebenarnya tentang langkah yang diambil oleh sesetangah ekstrimis di dalam Pakatan Rakyat yang menjejaskan keharmonian sosial Malaysia yang telah 'dijahit' dan 'diperbaiki' sejak insiden tahun 1969. Kenyataan daripada saya berkemungkinan tampak tidak masuk akal bagi sesetengah pembaca, dengan mereka daripada Pakatan Rakyat dan penyokong kuat yang mula menuduh kerajaan BN bersifat perkauman. Izinkan saya untuk mendedahkan cara mereka. Ekstrimis ini, terutama daripada DAP dan PKR sebenarnya menggunakan strategi yang dikenali sebagai 36 stratagems.

Secara khususnya, mereka menggunakan 4 daripada strategi itu secara menyeluruh. Ianya adalah:-

1) "Kill with a borrowed knife" yang bermaksud, serang dengan menggunakan kekuatan pihak lawan. Saya cuma boleh menerangkan ini dengan lebih lanjut dengan kata-kata daripada DAP yang mengatakan - ‘You have to also be practical. The present corrupt BN with its Malay/Muslim powerbase can only be challenged by a Malay/Muslim politician.’ (Anda kenalah praktikal. Kerajaan BN sekarang dengan Melayu Muslim sebagai asasnya cuma boleh dicabar oleh ahli politik Melayu Muslim). Salah seorang komentator setia blog ini telah berkata - ‘For years Lim Kit Siang and Karpal Singh tried to end it (affirmative action) and it took another Bumiputra (Anwar) to finish it off. How strange history can be.’( Bertahun Lim Kit Siang dan Karpal Singh cuba untuk menamatkannya, dan ia memerlukan seorang Bumiputra (Anwar) untuk menghabiskannya. Bagaimana ganjilnya jika ianya tercatat dalam sejarah).

2) “Deceive the heavens to cross the ocean” yang mana mereka menyorokkan niat sebenar dengan bertopengkan tujuan yang palsu. Dalam konteks ini, Pakatan Rakyat menyorokan niat sebenar mereka dengan malaungkan Ketuanan Rakyat yang mana slogannya kelihatan dapat mewujudkan “kerajaan yang lebih adil”. Akan tetapi yang sebenarnya, tiadalah yang lain melainkan laungan Ketuanan Anwar dan Malaysian Malaysia.


3) “Create something out of nothing” – Yang mana ini adalah ibu kepada segala strategi mereka; untuk memberitahu kerajaan BN adalah kerajaan perkauman. Idea ini tidak pernah terlintas di minda rakyat Malaysia sebelum ini. Dengan pembangunan ekonomi dan stabiliti yang dicapai sejak 1970, Malaysia telah menjadi ‘harimau ekonomi’ pada 1980an dan 1990an. Lebih-lebih lagi, kerajaan BN dengan rekod baiknya telah dipilih lebih daripada 2/3 majoriti dalam setiap pilihanraya. (alrazi959: ini untuk kita fikirkan secara logik) Bagaimana sebuah kerajaan perkauman boleh menjadi begitu popular? Pastinya, kehilangan 2/3 majoriti pada pilihanraya kali ini seharusnya tidak menjadi sebab utama disebalik isu hangat anti-perkauman di Negara ini. Satu usaha sedang dijalankan disini dan ianya ialah menjadikan kerajaan BN tidak/kurang popular dengan menggunakan isu politik perkauman sebagai senjata. Sebagai contoh, ketika Najib setuju untuk member lesen kepada perniagaan besi buruk kepada bangsa India di Permatang Pauh, kenyataan yang biasa ini telah dijadikan kurang jelas untuk menjadi sesuatu yang berbau perkauman. Setiap individu di Pakatan Rakyat akan bersahut dan menyahut bahawa Najib bersikap perkauman dan bangsa India telah dipandang rendah sebagai hanya layak menjadi pengumpul besi buruk. Mereka tidak menyedari bahawa, peniaga berbangsa India itulah yang memohon lesen dan cuma sesuai untuk Najib mengumumkannya di Permatang Pauh, sehinggakan MAICCI yang terpaksa menjelaskan perkara ini, Pada saya, Pakatan Rakyatlah yang bersikap perkauman tetapi ada yang tidak terlihat akan strategi ini. Satu lagi contoh ialah apabila Anwar membuat kenyataan yang sedap bunyinya “Anak Melayu, anak kita, anak Cina ,anak kita, anak India pun anak kita. Mengapa harus bezakan?” Apakah ada yang tidak kena dengan kenyataan tersebut? Ya, ianya ada. Kenyataan itu sendiri adalah berdasarkan mengandaikan kerajaan BN dari awalnya bersikap perkauman. Maka, untuk terus menanamkan idea ini, beliau perlu mengulanginya berkali-kali. Apa yang memualkan saya ialah, Anwar sendirilah yang menjadikan perbezaan perkauman semakin ketara. Oleh kerana kita telah menyatakan kerajaan BN tidak mengamalkan polisi perkauman, kenapa perlu Anwar untuk mendakwa begitu? Setiap hari kita disogokkan dengan tuduhan Pakatan Rakyat yang mendakwa Malaysia dalam keadaan yang tidak selamat kerana polisi perkaumannya. Yang mana, kenyataan Anwar sebenarnya tiadalah yang selain daripada ‘reverse psychology’ dengan serangan serampang dua mata – menjadikan beliau kelihatan baik dan memburukkan kerajaan BN pada masa yang sama. Kenyataan yang tidak bersalah oleh pemimpin Melayu kerapkali dimanupulasi keluar daripada konteks dan seakan berbunyi UMNO bersifat perkauman. Satu contoh ialah apabila Tun Dr Mahathir menyeru Melayu untuk bersatu dan bertambah kuat untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Pemimpin pihak pembangkang akan ‘melompat’ dan menuduh pemimpin UMNO bersifat perkauman dan ekstrimis. Bermakna disini, merekalah yang memulakannya. Dengan ekstrimis dalam Pakatan Rakyat yang menjadikan perbezaan perkauman semakin ketara, dan Anwar Ibrahim – ‘pisau yang dipinjamkan’ terus menerus memainkan isu perkauman, tidak hairanlah ‘angin perkauman’ bertambah kencang bertiup sejak tahun 1969. (alrazi959: perkataan yang lebih sesuai sebenarnya adalah ‘ribut’, tetapi kita sedia maklum, isu perkauman tiadalah begitu ributnya isu ini di Negara kita sejak peristiwa 13 Mei). Beliau terlupa, sebagai pisau yang dipinjamkan, beliau telah membunuh keharmonian sesama kaum yang terbina sejak itu.

4) ‘Loot a burning house’ – yang mana saya tidak perlu menerangkannya dengan lebih lanjut strategi ini. Cuma, apa yang mengecewakan saya ialah ketidakupayaan pemimpin UMNO dan BN untuk mempertahankan polisi mereka sendiri dan cuma mampu memohon maaf atas apa yang berlaku. Langkah ini tidak membantu memulihkan keadaan sekarang, dengan Perdana Menteri yang lemah di kerusi pemerintahan. Maka, tanpa arahan dan tunjuk ajar yang terang dan jelas, pemimpin UMNO dan BN bertindak secara semulajadi – lawan api dengan api. Situasi inilah yang menjadi dilemma kita kini. ‘The mind of a bigot is like the pupil of the eye: The more light you pour upon it, the more it will contract’ (Minda seorang ekstrimis adalh seperti pupil dimata: lebih banyak cahaya yang diarah, lebih besar kontraknya). Itulah kata-kata daripada Oliver Wendell Holmes. Ekstrimism, dalam apa jua bentuk, amat berbahaya di Negara kita ini. Di dalam ‘kehilangan’ kerajaan yang kuat, ditambah dengan perpecahan majoriti, minoriti secara tidak langsung dapat menyuarakan polisi ektrimis dan membawa ke hadapan agenda mereka. Hindraf, dengan memorandum berbau perkauman adalah salah satu contoh yang dapat dilihat. Betapa ironiknya di mana salah seorang jawatankuasa MAGERAN pada 1969, Pak Lah tidak termampu mencari penyelesaian kepada masalah kini. Apakah beliau tidak mempelajari apa-apa daripada pegawai atasannya? Adakah beliau tidur ketika mesyuarat-mesyuarat MAGERAN?

Pada petang sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, saya mengucapkan selamat malam dan tidurlah dengan lena dengan harapan kita punya pendirian yang lebih jelas di hari yang mendatang.


Olahan yang saya lakukan adalah berdasarkan kemampuan bahasa dan kefahaman saya terhadap artikel oleh JMD. Andai terdapat salah interpretasi, harap dimaafkan.

Isnin, Ogos 25, 2008

AEM - Artikel Edisi Merdeka


Bulan Jun 2008 yang lalu, saya menulis AUM - Artikel Untuk Melayu (http://al-razi959.blogspot.com/2008/06/aum-artikel-untuk-melayu.html). Tika itu, harapan saya agar kita tidak terus kalut dengan situasi semasa bermula daripada 'ribut' PRU12.


Dengan hanya beberapa hari lagi Malaysia menyambut tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan yang ke-51, tidak dapat tidak, kita harus akui, sambutan kali ini suram. Bukan kerana tiada yang mengingatinya, cuma perhatian dan tumpuan 'ramai' terarah kepada suramnya ekonomi negara, maraknya harga minyak yang secara tidak lansung menjulangkan harga-harga jualan peniaga, krisis kepimpinan dan pergelutan kuasa politik negara.

Saya menulis pada petang sebelum pengundi pertama di Permatang Pauh keluar mengundi dengan di kepala terbayang seribu satu kemungkinan dan persoalan. Menang kalah, adat pertandingan, namun 'pertandingan' esok membawa arah tuju ke mana dan di mana pemimpin dan rakyat Malaysia.

Saya tidak mahu menjadi salah seorang jurutilik politik, mahupun pengulas politik. Walauapa jua yang tersurat esok, saya harapkan membawa perubahan yang baik kepada semua.

Rakyat Malaysia telah menyaksikan betapa goyah dan kalutnya negara sejak berakhirnya PRU12. Mesej yang cuba disampaikan bagaikan tidak tercapai. Dengan barisan pemimpin BN melaungkan keteguhan parti dan sokongan (dikala pelbagai bantahan dan perhimpunan yang kurang 'enak' diadakan), kem Pakatan rakyat pula gegak gempita dengan tarikh 16 September (disertakan ideologi negara Islam, ala-ala Malaysian Malaysia, dan..er, hasrat Perdana Menteri yang menunggu).

Andai inilah pengisian dan pengertian kemerdekaan, maaf saya katakan, sedih dan kecewa dengan kepimpinan kedua pakatan berbalah. Bukan reformasi parti politik dan kerajaan yang diperlukan, tetapi reformasi minda dan sikap para pemimpin dan rakyat yang sebenarnya yang dicari. Benarlah yang ternukil melalui puisi Tun Dr Mahathir:-

"Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya...

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri ..."

Apakah pengertian kemerdekaan andai antara kita terus berbalah merebut kekayaan dikala ada antara kita makan sesuap nasi pun belum tentu? Apakah ertinya laungan merdeka itu andai ada diri menggilai kuasa dikala antara kita kebajikannya belum terjamin? Apa pula erti merdeka kepada generasi muda yang sudah runtuh akhlaknya, kalah sebelum berjuang? Apakah cukup sekadar berhimpun dikawasan lapang, melaungkan merdeka pada tepat jam 12 tengah malam? Beginikah pengisian dan penghayatan kemerdekaan?

Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai...,bukan, tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan. Selagi antara kita masih tersungkur, yang miskin pendidikan, fakir maruahnya, tegar kebodohannya dan compang camping sahsiahnya, selagi itulah kita tidak harus berhenti berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya... "

Merdekakah kita?

Jumaat, Ogos 22, 2008

Antara tertib ibadat dan sivik


Ini adalah artikel yang diambil daripada http://www.zaharuddin.net/ yang saya terima melalui mesej yang di'forward'kan kepada saya oleh seorang rakan. Pengisian dan hujahnya memang saya setuju yang amat, kerana inilah juga yang saya pelajari ketika menghadiri majlis usrah ketika tingkatan 1 dan 2 dahulu. Sila baca, hayati dan fikirkan...di akhir artikel ini, ada sedikit ulasan daripada saya untuk kita fikirkan bersama...

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.

Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً

Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari)
[1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.

Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?.

Jawabnya mudah.

Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Sekian


Artikel ilmiah ini sememangnya perlu untuk kita fikirkan apakah kita antara sedar atau tidak melakukannya secara tidak sengaja. Cuma, terkadang terlihat antara kita yang niatnya memang baik, iaitu menunaikan solat, tetapi, tidak di tempat yang 'sepatutnya'. 'Tidak sepatutnya' yang saya maksudkan disini ialah, dikala orang ramai berpusu keluar dari masjid untuk kembali kepada urusan seharian, ada juga sebatang dua tubuh tegak berdiri menunaikan solat sunat di tempat orang yang berasak hendak keluar, seolah-olah tiada tempat lain untuk bersolat. Ada juga kalanya kita dapat lihat orang yang bersolat di tempat orang keluar masuk pintu masjid atau di laluan 'utama'.

Tergaru kepala yang tidak gatal ini memerhatikan situasi-situasi sebegini. Bersolat, amatlah baik. Cuma hairan, dimanakah letaknya akal untuk berfikir. Sebagaimana yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin, kalau di kota suci Mekah, tiadalah hairannya kerana Masjidil Haram senantiasa penuh dengan manusia yang pelbagai ragam dan gaya. Akan tetapi, jika setakat di masjid-masjid yang ruangnya luas tidak terisi, adalah lebih baik ditunaikan solat di tempat yang lebih sesuai. Janganlah dilakukan ditempat orang berlalu lalang. Bukan sahaja kebarangkalian solat yang ditunaikan tidak kusyuk, malah mendatangkan keadaan tidak selesa kepada baik hamba Allah yang sedang menunaikan solat mahupun yang sedang berjalan keluar dari masjid.

Saya harapkan nukilan ini sedikit sebanyak membuatkan kita semua termasuk diri saya untuk beringat dan berfikir. Dalam kita melakukan amal, apakah betul caranya kita itu.

Wallahualam...

Khamis, Ogos 21, 2008

Mata Melihat, Telinga Mendengar...Otak?


Melihatkan kepada tajuk nukilan kali ini, pastinya ramai akan mengatakan otak digunakan untuk berfikir. Persoalannya, apakah kita betul-betul menggunakan otak untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara atau perbuatan?

Ada dikalangan rakan-rakan saya yang berkesempatan membaca blog saya mengatakan nukilan-nukilan saya mengenai politik dan ekonomi. Mungkin ya, mungkin tidak. Apakah penilaian anda?

Sebenarnya, penulisan saya cuba menyentuh isu semasa dan hubungkaitnya dengan pemikiran dan sifat-sifat kita. Kerapkali kita (termasuk saya) mudah membuat kesimpulan tanpa berfikir sedalamnya. Ada juga terkadang, untaian kata yang ditutur dan dinukil, tidak dapat menyampaikan mesej yang tersirat. Ada juga kalanya mesej yang disampaikan disalah tafsir oleh penerima mesej. Dalam bahasa inggerisnya keadaan ini disebut sebagai - "miscommunication".

Sebagai contoh, semalam, sewaktu makan tengahari bersama rakan-rakan, rakan saya mengatakan saya ini orang UMNO. Sebabnya? Hanya kerana saya menyertai Kelab UMNO semasa menuntut di Dublin, Ireland 4,5 tahun dahulu. Mungkin kerana sedang hangatnya isu topik politik semasa, rakan saya ini (yang mengaku menyokong PAS), menghentam saya seolah-olah saya orang kuat UMNO. Adilkah?

Bagi yang mengetahui latar belakang saya dan mengenali saya semasa saya menuntut di Dublin, pastinya tahu bagaimana orangnya saya ini. Berpolitik untuk kuasa bukan bidang saya. Budi atau 'budi' (bergantung kepada tafsiran masing-masing yang mengenali saya) yang ditabur untuk pelajar Malaysia di Dublin, biarlah mereka yang di sana menilainya. Walauapapun, bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti untuk Kelab UMNO Ireland (kini Kelab UMNO Dublin), PPIMI (Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland) dan MSA (Malaysian Student Association) menjadi antara pengalaman yang berharga dan berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa itulah, saya percaya, baik UMNO, PAS, PKR atau mana-mana parti politik, jika pemimpin dan ahlinya telus, tulus dan ikhlas, insyaAllah, kita akan dapat jadikan hidup ini lebih baik dan bermakna.

Berbalik kepada situasi yang diberikan, rakan saya ini menilai apa yang dia 'percaya' dan bertindak berdasarkan penilaiannya. Otaknya menilai hujah-hujah yang diberikan adalah 'betul' berdasarkan apa yang dia 'fikirkan betul'. Seorang lagi rakan saya sekadar berbincang dan bersoal jawab (kerana rakan saya yang awal tadi nampak begitu yakin). Saya yang sekadar sekali sekala mencelah, melihat dan mendengar dan juga menilai berdasarkan kemampuan saya tentang bual bicara dikala makan tengahari dan lenggok badan rakan-rakan saya.

Saya pasti, ramai yang pernah melalui situasi tersebut. Perbincangan, perbualan menjadi sihat JIKA setiap pihak yang terlibat bertoleransi dan terbuka mindanya. Oh ya, dan masih relevan dalam topik yang diperbincangkan. Sebaik terkeluar topik, tidak bertoleransi dan tidak terbuka minda, pasti, perbualan dan perbincangan menjadi medan debat, pidato dan mungkin pertelingkahan.

Saya fikir, situasi makan tengahari saya itulah situasi yang amat biasa kini. Baik di peringkat pemimpin, pengikut dan rakyat. Kerana itu, tidak hairan, dalam perbincangan atau perbualan, pertelingkahan kerap berlaku kerana ada yang terkena "Sindrom Blok" yang meracuni kotak pemikiran. Sindrom yang merangkumi ketaksuban, ketidakterbukaan, dan mungkin juga kekurangan ilmu (secara kasarnya kejahilan, tetapi tidak sesuai kerana saya pasti, semua punya tahap ilmu yang berbeza).

Situasi makan tengahari juga terkadangkala berlaku juga di waktu kerja, di rumah, bersama rakan-rakan dan sebagainya. Kita tidak dapat tidak lari dari tersalah tafsir. Walau apapun, saya mengharapkan kita, selaku insan, ada kala tersilap bicara, tersalah susun tutur kata, gunakanlah akal anugerah Tuhan ini untuk kebaikan bersama.

Wallahualam...

"Gunakalah akal yang rasional untuk berfikir, yang bukan disertakan emosi dan nafsu"

Isnin, Ogos 18, 2008

Mahasiswa kita..benarkah sudah bersedia?


"KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh negara mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk Parlimen di sini bagi mendesak supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dihapuskan dan bukannya setakat dipinda. Kumpulan pelajar yang bergelar Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) itu memakai pakaian serba hitam berarak menuju ke hadapan pintu masuk Parlimen pada jam 9.15 pagi sambil membawa sepanduk yang antaranya tertulis "GMMA Bantah Pindaan Kosmetik AUKU". Koordinator GMMA, Ridzuan Muhamad, berkata pindaan akta itu hanya untuk memuaskan hati pihak tertentu tanpa memberi kebaikan kepada mahasiswa secara keseluruhan.

Perhimpunan itu berakhir selepas Ridzuan menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron di pekarangan bangunan Parlimen kira-kira sejam selepas itu. Idris pula berkata pindaan AUKU akan dibahaskan oleh di Parlimen sedikit masa lagi, dengan mengambil kira juga pandangan mahasiswa. - Bernama "(menerusi artikel tersiar di halaman http://www.bharian.com.my/ pada 18 Ogos 2008)

Mengambil kira perkembangan yang agak mutakhir ini, diri ini tertanya, apakah benar mahasiswa kita benar-benar sudah bersedia?

"Bersedia" yang saya maksudkan disini adalah segala persiapan mental, fizikal, komitmen, tenaga, masa, sumber kewangan, dan apa jua yang diperlukan untuk seseorang itu mengharungi cabaran yang akan mendatang. Cabaran ini meliputi aspek-aspek kehidupan yang memerlukan "sedikit sebanyak" pengorbanan.

Tidak dinafikan, mahasiswa berpotensi dan mampu memberi idea-idea bernas dan juga mungkin mampu menjadi pemimpin politik. Akan tetapi, mungkin terlalu awal untuk seseorang mahasiswa atau mahasiswi itu untuk terlibat secara aktif.

Pertamanya, apakah modal seorang mahasiswa untuk bergiat secara aktif dalam politik? "Modal" di sini termasuklah dari segi kewangan, pencapaian dan kepercayaan masyarakat untuk mahasiswa ini untuk memimpin mereka. Jangan disalah tafsir bab "kewangan" kerana bukan maksud saya mahasiswa perlu mengamalkan politik wang, tetapi lebih kepada kos perbelanjaan asas untuk berpolitik. Dari manakah datangnya sumber kewangan untuk bergerak ke sana ke mari? Bagaimana pula dengan kos perjalanan untuk menyelesaikan masalah setempat? Kos telekomunikasi? Kalau ada yang biaya, siapa dan kenapa? Soalan-soalan ini perlu difikirkan kerana wang tidak selalu datang mudah tanpa ada habuan pulangan. (Kerana saya memikirkan amal sedakah jariah cukup susah untuk dikutip. Jika adapun, seperti meminta sedekah sahaja gayanya)

Keduanya, atas kredibiliti apakah mahasiswa itu mahu dinilai untuk berpolitik? Dengan keupayaan apakah kata-kata seseorang mahasiswa itu boleh dipegang untuk menjadikan masyarakat lebih baik? Andai ada anak seorang hartawan, saya pasti, bukan semua mahasiswa anak hartawan.

Ketiganya, persoalan paling penting untuk saya tahu (dan mungkin juga anda), kenapa perlu mahasiswa terlibat atau melibatkan diri secara aktif di arena politik? Apakah tujuan mahasiswa untuk bergiat aktif dalam politik? Membela nasib agama, bangsa dan negara? Murni niat itu, tetapi cukupkah ilmu didada? Jangan disalahtafsir darah muda yang mudah menggelegak, wahai mahasiswa. Dirimu berada di menara gading untuk menuntut ilmu, penuhkan ilmu didada, bukan menjadi gading yang menjadi perhiasan pentas politik, menjadi ratahan ahi politik yang lebih berpengalaman. Tamatkan 'perguruan'mu, barulah turun membantu membina masyarakat yang lebih baik. Jangan kerana situasi politik kita kalut, anda pun turut kalut. Jika anda turut kalut, saya pasti, andai anda terpilih menjadi pemimpin politik, kebarangkalian untuk cepat melatah pun agak tinggi. Dan sedihnya, bila pemimpin melatah, nasib rakyat menjadi galang gantinya.

Andai keadaan kini menjadi punca anda rasa anda "perlu mengamuk", biarlah 'amuk Jebat'mu kerana 'setianya Tuah' kepada agama, bangsa dan negara disulami 'bijaknya Tun Perak'. Perbetulkan masyarakat mahasiswamu agar kamu dan mereka dapat menjadikan negara ini lebih baik di hari mendatang.

Generasi muda negara ini masih TIDAK MERDEKA. Logiknya, majoriti mat rempit, bohsia, bohjan. dan pelbagai masalah sosial, bukannya datang dari golongan 40-an,50-an. Pernahkah anda melihat seorang atuk atau nenek membuat aksi 'superman' ketika naik motor? Pasti tidak sesuai lagaknya. Golongan Mahasiswa adalah pemimpin yang paling hampir dengan generasi muda untuk membantu. Jangan dikejar awan hujan yang tidak pasti turunnya, air ditempayan ditumpahkan. Berjuanglah dipentas yang sepatutnya atas nawaitu/niat yang betul dan seikhlasnya...

Wallahualam...

p/s: Terlintas juga difikiran, yang duk melaung meneriak, orang kita..apa kata mahasiswa bangsa-bangsa lain ye?

Sabtu, Ogos 16, 2008

Reformasi?

Berikut adalah komen yang saya tinggalkan buat blog http://nazirulhazim.blogspot.com/. Walaupun penulis ini seorang yang masih muda, tetapi mampu mengutarakan pandangan yang pada saya, mendahului umurnya. Komen yang saya berikan adalah berdasarkan artikel yang boleh dibaca dan difikirkan - http://nazirulhazim.blogspot.com/2008/08/pemimpin-malaysia-iii-reformasi.html

saudara,saya memahami apa yang saudara cuba sampaikan. Namun, lenggok bahasa saudara agak 'merisaukan' mesej yang cuba diutarakan.

Pertamanya, "Sejak dahulu lagi, pihak2 yg ingin mendapatkan 'lion's share' ini sentiasa mengintai peluang ketidakstabilan politik untuk menjayakan keinginan mereka.Melalui Komunis,PAP Singapura,DAP serpihan PAP,PAS,Sosialis, kini Keadilan.Kesempatan mereka timbul pada 13Mei 1969, Perpisahan dgn Singapura 1965,14 hari Bintang Tiga, Krisis UMNO 1987, Krisis Anwar 1998, kini Pilihanraya 2008.Mereka ini dianggap ekstremis oleh pemimpin terdahulu".

Dari peristiwa 13 Mei, Darurat, Krisis 1998 boleh dianggap faktor 'luaran' yang mengganggu gugat kestabilan negara. 'Luaran' bermaksud sesuatu yang bukan berpunca daripada 'diri sendiri'. Peristiwa pengharaman UMNO pula disebabkan oleh 'technicality' yang menjadikan pendaftaran UMNO perlu dibuat semula.

Namun, PRU12 bukan disebabkan faktor 'luaran'. Senario politik sekarang adalah lanjutan daripada 'permintaan' rakyat agar YB berkhidmat, bukan sekadar berhormat. Dengan era teknologi serba canggih, pastinya, sesuatu yang kurang menyenangkan sukar disorok daripada pengetahuan umum.

Ini membawa kepada kenyataan saudara yang turut menarik perhatian saya:"Jika dgn harga minyak yg berapa sen itu anda jadikan faktor utama menumbangkan kerajaan 50 tahun yg telah mengasaskan negara ini, ..."

Harga minyak bukan faktor utama, tetapi pencetus kepada hangatnya keadaan sekarang. Sebagaimana minyak membantu pembakaran, isu minyak membakar hati rakyat Malaysia. Tika rakyat diberitahu minyak tidak naik harga, tidak lama selepas itu naik tanpa 'diduga'.'Insiden' ini yang sebilangan kita mula tidak yakin dengan kerajaan yang sedia ada. Janji harga minyak turun sebaik harga pasaran minyak dunia turun, belum lagi terlaksana. Harga minyak dunia telah lama surut sejak kenaikan paling tinggi USD$147 per tong pada 11 Julai 2008 [16 Ogos 2008 - USD$113.77 (sumber - http://www.bloomberg.com/)].

Terakhir sekali - "Saya lebih rela hidup miskin tetapi bangsa dan agama saya terpelihara".
Amat mulia hasrat saudara, tetapi berhati-hati. Dengan saudara sedang menuntut di University of Bristol UK dalam Economics and Mathematics, pastinya mengundang keraguan dalam kenyataan saudara.

Walauapapun, saya hormati pandangan saudara yang ternukil.