Isnin, Ogos 25, 2008

AEM - Artikel Edisi Merdeka


Bulan Jun 2008 yang lalu, saya menulis AUM - Artikel Untuk Melayu (http://al-razi959.blogspot.com/2008/06/aum-artikel-untuk-melayu.html). Tika itu, harapan saya agar kita tidak terus kalut dengan situasi semasa bermula daripada 'ribut' PRU12.


Dengan hanya beberapa hari lagi Malaysia menyambut tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan yang ke-51, tidak dapat tidak, kita harus akui, sambutan kali ini suram. Bukan kerana tiada yang mengingatinya, cuma perhatian dan tumpuan 'ramai' terarah kepada suramnya ekonomi negara, maraknya harga minyak yang secara tidak lansung menjulangkan harga-harga jualan peniaga, krisis kepimpinan dan pergelutan kuasa politik negara.

Saya menulis pada petang sebelum pengundi pertama di Permatang Pauh keluar mengundi dengan di kepala terbayang seribu satu kemungkinan dan persoalan. Menang kalah, adat pertandingan, namun 'pertandingan' esok membawa arah tuju ke mana dan di mana pemimpin dan rakyat Malaysia.

Saya tidak mahu menjadi salah seorang jurutilik politik, mahupun pengulas politik. Walauapa jua yang tersurat esok, saya harapkan membawa perubahan yang baik kepada semua.

Rakyat Malaysia telah menyaksikan betapa goyah dan kalutnya negara sejak berakhirnya PRU12. Mesej yang cuba disampaikan bagaikan tidak tercapai. Dengan barisan pemimpin BN melaungkan keteguhan parti dan sokongan (dikala pelbagai bantahan dan perhimpunan yang kurang 'enak' diadakan), kem Pakatan rakyat pula gegak gempita dengan tarikh 16 September (disertakan ideologi negara Islam, ala-ala Malaysian Malaysia, dan..er, hasrat Perdana Menteri yang menunggu).

Andai inilah pengisian dan pengertian kemerdekaan, maaf saya katakan, sedih dan kecewa dengan kepimpinan kedua pakatan berbalah. Bukan reformasi parti politik dan kerajaan yang diperlukan, tetapi reformasi minda dan sikap para pemimpin dan rakyat yang sebenarnya yang dicari. Benarlah yang ternukil melalui puisi Tun Dr Mahathir:-

"Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya...

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri ..."

Apakah pengertian kemerdekaan andai antara kita terus berbalah merebut kekayaan dikala ada antara kita makan sesuap nasi pun belum tentu? Apakah ertinya laungan merdeka itu andai ada diri menggilai kuasa dikala antara kita kebajikannya belum terjamin? Apa pula erti merdeka kepada generasi muda yang sudah runtuh akhlaknya, kalah sebelum berjuang? Apakah cukup sekadar berhimpun dikawasan lapang, melaungkan merdeka pada tepat jam 12 tengah malam? Beginikah pengisian dan penghayatan kemerdekaan?

Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai...,bukan, tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan. Selagi antara kita masih tersungkur, yang miskin pendidikan, fakir maruahnya, tegar kebodohannya dan compang camping sahsiahnya, selagi itulah kita tidak harus berhenti berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya... "

Merdekakah kita?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

politicians. always with their own agendas and propagandas and (forever) personal interests.

ada ke yang truly madly deeply (cam lagu pulak!) fight for the correct thing? heh..

the lesser of two evils, one must choose. haihhh...

al-razi959 berkata...

Agendas, Propagandas and Personal interest maybe part of politcians life, but it depends on how those 3 will effect on the people and nation. If the politician personal interest is to developed a better nation, i guess it will be just fine (as what had in mind of our forefathers who fights for independence).

If the leader(s) is/are a corrupt, and the people knew about it, we as the people should be able to remove him/her/them.

We can name whatever type of ruling government (democracy, republic, monarchy, etc), in history, all have gone down if the people are intelligent and brave enough to overthrown the leader(s).

However, if the people yet choosing the corrupted leader(s), we as the people, are also responsible for what have been done.

Tanpa Nama berkata...

aiseh, dh lama, br dpt dtg. artikel ni best, tp aku baca yg versi english. sekali-sekala kena tajamkan english.

btw, kalau ada yg betul berjuang demi yang benar, mungkin dh berkubur dek pengaruh dan anasir yang tak baik. kebenaran; kalau kita jadi lurus mcm pembaris, alamatnya jalan yg bengkok tk dptlah nk lalu..ye?

just my 2 cents.

al-razi959 berkata...

versi english? tak tahu pula bila saya tulis dalam bahasa inggeris...

hmm..kalau majoriti semua lurus macam pembaris (bukan bodoh lurus tetapi amanah dan bertanggungjawab), yang bengkok memang susah nak hidup.