Isnin, Oktober 06, 2008

14 Jalur Gemilang, 13 Jalur? (Anwar untuk Presiden Amerika???)


"WASHINGTON: Selepas dua minggu didebatkan, Presiden George W Bush semalam akhirnya menandatangani pakej penyelamat institusi kewangan bernilai AS$700 bilion selepas Dewan Perwakilan meluluskannya kelmarin. Kini seluruh dunia menanti untuk melihat sama ada pakej itu akan berkesan mengelak ekonomi Amerika Syarikat daripada terjerumus ke dalam kemelesetan atau sebaliknya.

Reaksi awal selepas Dewan Perwakilan meluluskannya kelmarin tidak memberangsangkan. Indeks penanda aras pasaran saham New York, jatuh 157 mata kelmarin - selepas jatuh 778 mata Isnin lalu berikutan penolakan awal pakej itu oleh Dewan Perwakilan. Kejatuhan kelmarin didorong perangkaan pengangguran yang lebih tinggi. Bush dan Kongres menekankan pakej itu amat penting. "Kita bertindak berani untuk mengelak krisis di Wall Street menjadi krisis di seluruh negara," kata Bush.

Katanya ekonomi Amerika masih berdepan dengan cabaran serius. "Jika kita tidak membuat sesuatu, krisis ini akan bertambah teruk dan negara akan terjerumus dalam kemelesetan yang tidak pernah dialami sebelum ini," kata Ketua Parti Republikan di Dewan Perwakilan, John Boehner. - AP (dipetik daripada Berita Harian, 5 Oktober 2008) "

Hampir satu dekad yang lalu, Malaysia beserta beberapa negara serantau terpaksa mengharungi satu detik yang sukar akibat kegawatan ekonomi. Ramai yang sedia maklum, Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir punya acuan tersendiri untuk menghadapi krisis tersebut. Biarpun langkah yang diambil tidak disukai Barat, namun, kita ("KITA" kerana biarpun ada antara kita yang tidak setuju dengan cara TDM, namun, hasil kepimpinan TDM dan kerjasama yang diberikan oleh rakyat Malaysia umumnya yang seterusnya memberi keyakinan kepada aktiviti ekonomi negara) berjaya mengharungi detik sukar tersebut. Alhamdulillah...

10 tahun telah berlalu dan 14 Jalur Gemilang terus berkibar mengharungi cabaran yang seterusnya. Kini, putaran roda krisis ekonomi tiba seperti yang dijangkakan oleh pakar-pakar ekonomi. Cuma, kali ini, giliran negara 13 Jalur di benderanya pula menghadapainya dahulu. Hasil "kebijaksanaan" pakar-pakar kewangan Barat, mereka mula "menikmatinya".

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut apa yang telah, sedang dan kemungkinan apa yang 13 Jalur itu akan lakukan, tetapi jelas kepada kita, tidak semesti cara yang dianjurkan oleh Barat sesuai untuk digunapakai oleh kita. Tun Dr Mahathir dan Malaysia telah membuktikannya dengan izinNya.

Kini, terlintas difikiran saya akan bantuan dan kuasa yang dilaungkan oleh seorang pemimpin itu yang berikrar untuk membantu rakyat untuk menghadapi krisis ekonomi seharian dengan manifesto-manifesto dan janji-janji politiknya yang berdegar-degar. Andai situasi ekonomi Amerika sendiri memerlukan USD700 billion untuk memulihkannya, daripada manakah pelaburan yang didakwa mahu dibawa masuk oleh pemimpin tersebut yang bernilai berbillion USD? Halwa telinga saya sudah tidak dapat lagi mendengar janji itu akan ditunaikan (Atau mungkin kerana beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri lagi agaknya, sebab itulah pelaburan itu tidak dapat direalisasikan).

Cuba kita bayangkan andai rancangan 16 September 2008 itu diizinkanNya hampir sebulan dahulu, agaknya apakah pula kenyataan yang bakal terpacul keluar dari pemimpin tersebut yang petah berbicara. Dikala Amerika sendiri memerlukan bantuan USD700 billion untuk membetulkan diri sendiri, apakah mungkin dana pelaburan berbillion USD itu dapat diberikan kepada Malaysia? Sungguh pemurah dan mulia 13 Jalur itu andai ianya terjadi. Sanggup bersusah-susah membantu orang lain tetapi diri sendiri tidak terbantu. Polisi baru agaknya.

Pasti, antara kita ada terbaca kenyataan dan ucapan yang agak terbaru daripada pemimpin tersebut dan juga artikel-artikel yang menyatakan bahawa beliaulah yang merencanakan pelan ekonomi Malaysia ketika krisis kewangan 1998. Hairan ya, tika sibuk melaungkan reformasi jalanan dan sedikit sebanyak menjejaskan harta dan ketenteraman awam, yang tidak lama kemudiannya dipenjarakan, beliau boleh dikatakan yang merancang pemulihan ekonomi Malaysia? Mungkin teori beliau boleh merancang, mengarah dan memastikan perancangannya daripada sel penjaranya, tetapi seingat saya, beliaulah yang beria-ia mahukan bantuan kewangan IMF buat Malaysia, menaikkan kadar faedah dan apa jua acuan Barat. Itukah pakar yang dikatakan? Jika ya, silakanlah Barat, ambillah dan laksanakanlah cara yang dianjurkannya. Ambil terus jadi Presiden pun tidak mengapa. Pasti berjaya.

Sesungguhnya, kita punya akal anugerahNya. Belajar daripada apa yang sudah terjadi dan sejarah secara amnya. Ambil teladan dan pengajaran. Gunakan maklumat dan intipati yang kita ada untuk menjana dan rancang 'perjalanan' yang seterusnya. Biar kita terjatuh dan kita belajar dan bangkit, tetapi jangan jatuh ditempat yang sama...


Wallahualam

p/s: Satu klip video yang menarik untuk tontonan...

5 ulasan:

Kerambit berkata...

"hmm...betul,betul,betul"

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

yang ini mmg my favourite subject. maklumlah, pendirian saya mmg jauh berbeza dari pandangan2 hampir majoriti rakyat malaysia skrg..tp itu cuma andaian kerana saya yakin majoriti rakyat malaysia hanya inginkan stability hidup di malaysia ni...dalam perspektif yang berbeza2.

bro, tumpang blog ko jap ye...

kadang2 saya terfikir kenapa ada golongan2 tertentu yang masih mahu 'tegakkan benang yang basah' sedangkan 'yang terang lagi bersuluh'..hehehe

apa yang pasti dari pengamatan saya, rakyat malaysia, khususnya melayu mmg cepat melatah. suka buat andaian tanpa usul periksa. tak kurang juga yang jadi penyokong pelampau (extremist) yang tak mahu ambil peduli perkara di sebelah sana (voids anything that has something to do to the other camp) melainkan apa yang positif ttg parti/kem yang disokongnya.

sikap pragmatis @ praktikal; sikap menilai sesuatu secara seluruhnya cukup tipis pada masa ini. orang yang inginkan perubahan tetapi terlalu membuta tuli akhirnya 'dibutakan' dari fakta2 atau maklumat2 tertentu yang mgkn perlu diambil kira dalam kita memilih pemimpin.

bau penyokong kerajaan mmg kuat dalam tulisan saya nie...hanya bagi mereka yang hanya melihat dunia ini dalam 2 warna; hitam dan putih..yang canggih sikit, ABSOLUTENESS.

bagi mereka yang pro-pakatan, amatilah blog2 neutral jika anda semua rasa mcm nk muntah jika baca blok chedet. cuba rajin2kan diri anda membaca pautan2 (links) pastu buat research sikit2 ttg DSAI dan sejarah2 beliau didalam dan luar negara. kadang2 akal dan ilmu kita tak tergapai nk cekup fakta yang dihujahkan beliau.

bagi yang pro-kerajaan, jadikanlah apa yang berlaku sebagai iktibar terbesar dalam hidup anda. kerana mungkin apa yang berlaku sekarang ini perlu dicatatkan dalam buku2 sejarah untuk generasi2 kita yang akan datang. agar kita tidak mudah lupa, agar kita lebih bijak berfikir dari bijak berkata2.

ps: dear azham, i hope you can approve this lengthy comment. i was driven to write this after i started to dig about Memali Incident or should i say, Memali Tragedy. I went to Kg. Ubi,Baling during my raya holiday and so unexpectedly stood there...the place where the tragedy took place. and now, i began to understand why Memali is so fresh in those ppl's head.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sheikh Ar-Razzi…

Memali...hmmm...wonder why sometimes even Sultan Kedah pun visit perkuburan di situ after the event? Agaknya baginda consider, semua ini rakyat baginda belaka...

On DSAI... I would think, we need somebody who can bridge the divide in Msia's multi racial scenario in current situation. Anybody else with that quality, please come out.

On US bail out... well, yang menjatuhkan sistem kewangan tu pun adalah GLC (GSE) amerika...Fannie Mae & Freddie Mac...jadik of course govt dia protect la pulak depa punya interest. Msia pun dulu pakai advice dari konsultan sana juga...jadi apa lah nak diherankan kalau masa ni depa pulak yg pakai method tu?

On investment...rasanya sekarang ni, even semenjak dua menjak ni tak boleh nak diharapkan FDI dr US, kan ke diorang target Middle East punya investment?

OK lah tok su nak tidoq la pulak... nanti nyampuk lagi bila ada peluang...

al-razi959 berkata...

Salam buat semua,
Terima kasih buat ulasan-ulasan saudara-saudara.

Tentang bridge the divide between multi racial scenario in current situation ni, pada pandangan saya ianya tidak seharusnya sekritikal sekarang jika tiada pihak yang memainkan sentimen tersebut dan kurang keberkesanan kepimpinan kerajaan dalam menangani isu semasa. Lagipun, pada pendapat saya, pencetus isu perkauman ini dimulakan oleh barisan Pakatan Rakyat khususnya daripada kem DSAI. Beliau, pada pandangan saya, telah menggunakan apa jua cara dalam merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. Saya hairan bagaimana beliau boleh mengatakan haknya dikembalikan apabila beliau kembali ke Parlimen. Sedangkan adalah menjadi hak rakyat untuk menentukan siapa yang patut menjadi wakil mereka di Parlimen. (Sila ambil perhatian, maksud "hak saya untuk berada di parlimen" dan "hak rakyat untuk memilih" mempunyai nilai berbeza walaupun pemimpin yang dipilih itu ke Parlimen.)

Sekarang, terpulang kepada barisan kepimpinan yang bakal dipilih. Apakah mereka mampu membawa angin perubahan, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apapun, saya dapat membaca semalam sedikit petikan daripada Strait Time Singapura yang memberi komen tentang keperibadian Dato Seri Najib. Jika dapat dicari kembali, insyaAllah sedikit nukilan dapat dicoretkan.

Tentang Peristiwa Memali, saya akan cuba mencari pelbagai sumber. Kerana pada pendapat saya ianya subjektif. InsyaAllah akan dicari untuk pengetahuan generasi muda, lebih lebih lagi kepada yang (maaf kata) terlalu mudah membuat kesimpulan berdasarkan maklumat pertama yang mereka terima. Jika masih peringkat bayi, saya boleh terima, tetapi saya pasti, yang sudah boleh membaca dan boleh berfikir, seharusnya bijak menganalisa sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Wallahualam

al-razi959 berkata...

Ada sambungan sedikit dengan komen saya sebelum ini...

Tentang US bail out. Konsep yang digunapakai oleh Amerika Syarikat adalah berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Malaysia pada masa krisis kewangan 1998. Idea Bail-out ini telah lama, cuma cara setiap negara itu berbeza.

Malaysia, menerusi Danaharta dan Danamodal yang diwujudkan membeli Pinjaman-pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada bank-bank tempatan. NPL yang dibeli itu akan cuba diusahakan untuk dikutip.

Berbeza dengan Amerika Syarikat, mereka membeli pinjaman-pinjaman sub, dimana pinjaman itu berdasarkan atas pinjaman. Untuk lebih terang dan jelas penerangannya, boleh lah pergi ke http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=759&Itemid=72 . Disana, saudara pembaca sekalian dapat penerangan yang panjang lebar dan jelas.

Bermakna disini, Malaysia tidak mengguna pakai secara lansung nasihat daripada Amerika Syarikat. Sememangnya, Majlis Tindakan Ekonomi Negara mendapatkan pelbagai cara dan nasihat, namun, corak pemulihan ekonomi dan bail out acuan kita tidak serupa apa yang Amerika lakukan. Untuk pengetahuan pembaca, kadar pemulihan NPL Danaharta melebihi piawaian tipikal 20% ke 50% pemulihan untuk agensi yang seumpamanya. Danaharta berjaya mencapai pemulihan sebanyak 58% jumlah NPL pada tahun akhir ianya beroperasi secara aktif. (Danaharta sekarang masih wujud, cuma operasinya diuruskan oleh sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan)

Tentang pelaburan Timur Tengah,saya kurang arif. Sememangnya, Dunia Pak Arab kini lebih ternyata kemewahannya (terutama selepas Manchaster City dibeli oleh Abu Dhabi United Group tika dalam masa yang sama sesetengah kelab Eropah dan juga syarkat-syarikat Eropah menghadapai masalah kewangan).

Walauapapun, terima kasih di atas perkongsian ilmu.

Wallahualam...