Sabtu, September 20, 2008

"Ala, seringgit je?"


Dalam 10 hari lagi, Ramadhan bakal pergi, dan Syawal menjelma. Bagi mereka yang sempurna rukun Islam yang ketiga - berpuasa di bulan Ramadhan, tibalah saat merayakannya (kecualilah bagi mereka yang uzur secara semulajadi dimaafkan, yang 'uzur' itu, semoga terbuka pintu hati untuk bertaubat). Sepanjang Syawal, umat Muhammad akan saling kunjung mengunjung, ziarah menziarahi, maaf bermaafan sesama ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan bagi mengeratkan talian silaturrahim.

Sebagaimana yang sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, kita akan menerima kunjungan jiran-jiran kecil entah daripada pelusuk mana ingin berhari raya. Mereka akan datang samada dalam platun kecil (terdiri daripada 3 atau 4 orang, bergantung kepada 'strategi') dan berbaju hari raya ingin berhari raya di rumah kita. Dan sudah tentunya, kita sebagai tuan rumah akan menerima dengan hati terbuka atau 'terbuka' (takkan nak halau pula, ye tak?).

Lazimnya, mereka akan masuk, duduk seketika, tengok apa kuih yang sedap, jamah sikit sementara kita cuba beramah mesra (al-maklumlah, semangat muhibbah hari raya). Dalam 3, 4 minit, mereka akan renyah (tidak selesa duduk lagi) seperti disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Secara normalnya, kita akan tertanya,"Kenapa dik? Nak balik dah ke?" (dalam pada kita pun dah habis modal nak berbual). Babak seterusnya tidak perlulah saya teruskan kerana sedikit sebanyak boleh terbayang di minda masing-masing. Salam dihulur, sampul duit raya bertukar tangan (itu pun kalau kita ada sediakan), yang mana, terkadang ucapan terima kasih dan selamat hari raya tidak terucap.

Bagi yang beradab, mereka tidak akan buka sampul duit raya di hadapan pemberinya. Bagi yang matanya nampak "RM", faham-faham sahajalah. Kalau sampul itu ringan, senyuman akan terukir sedikit. Akan tetapi, jika sampul tu berat dan ada berbentuk bulat (duit syiling), ekspresi muka pasti berubah sedikit. Lagi parah, kalau sampul dibuka hanya sekeping nota RM1 yang didapati dan disusuli "Ala, Seringgit je?" (sampaikan terkadang tak kisah menuturkannya dihadapan kita). Jika 'hasil' lumayan, maka bersiap sedialah - sedia untuk menerima gerombolan yang seterusnya.

Hairan, kecil-kecil sudah terdidik untuk melihat wang ringit. Nilai muhibah, bermasyarakat, budi bahasa, sopan santun seakan tidak tertanam di generasi muda sekarang. Kita sebagai orang yang dewasa dan lebih matang daripada mereka seharusnya, bukan, sepatutnya mendidik dan menanamkan nilai-nilai mulia itu di generasi muda kita. Bukan sekadar mendidik, malah menjadi contoh kepada mereka.

Iklan Petronas ini mungkin tidak seperti situasi yang digambarkan tadi, tetapi unsur-unsur itu tetap ada. Hayati mesej yang tersirat. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk perubahan yang lebih baik bagi kita di dunia, mahupun di akhirat kelak...dan semoga 10 malam terakhir Ramadhan ini kita dapat penuhi dengan amal ibadah dan berkesempatan di Lailatul Qadar...

Wallahualam...

7 ulasan:

toksu berkata...

Salam Ramadhan. Mesej-mesej iklan Petronas ni memang terkesan... terima kasih kerana mengumpulkannya di sini.

Memang benar kata pujangga, ibu seorang boleh jaga anak sepuluh; tapi anak sepuluh belum tentu mampu jaga ibu nan seorg.

Kita sering menangguhkan tanggungjawab kita terhadap org tua... terkadang hingga sudah terlewat utk menzahirkan kasih sayang.

Raya ini...baliklah berbakti pada org tua...

toksu berkata...

Setahun dua lepas, ada satu idea di kampung yang buat saya teruja... satu keluarga itu, hadiah yang diberi kpd budak-budak yang datang beraya - bukan duit, tapi bungkusan alatulis (yg dibeli borong dr Mydin). Kira berani juga lah idea ni...lain.

al-razi959 berkata...

Salam Ramadhan buat saudara toksu,
Iklan Petronas, baik untuk mana-mana sambutan pun, alhamdulillah ianya bermesej..Cuma sedikit terkilan kerana andai mesej itu difahami, dalam erti kata lain bukan sekadar iklan, pasti orang tua kita tidak susah hati melihatkan anak-anak muda kita. Andai harta, wang menjadi tumpuan utama, agaknya berapa ramai penghuni rumah orang tua di masa hadapan...

Idea memberi hadiah itu memang menarik..cuma terbayang riak muka anak-anak kecil itu dapat lain daripada yang lain...

p/s: apa jadi ye pada alatulis tuh..digunakan..terbiar..atau terjual? hehehe

Tanpa Nama berkata...

hehe, bila terfikir pasal 'gerombolan' itu lah yg kdg2 terfikir camne nk buat. maklumlah, dulu rumah bujang takde sape yang datang. ni dah kahwin, tak tahulah.

nak comment sikit pasal 'misi duit raya' nie..2-3 hari lepas ada la bincang2 dgn wife ttg peruntukan duit raya. in my opinion,biarlah byk sikit sbb adik beradik dan anak2 saudara tk ramai. so boleh le bagi angpau yg dimata2 budak2 nie, lumayan le. tapi adik beradik belah wife nie ramai, so kalau bagi banyak, tk cukuplah bajet. finally we resort bagi seringgit je. apa yg menariknya, wife confess yg dia mmg tk pernah hulur byk2, biar anak2 saudara dia tahu yg makcik yg nie mmg tk pernah bagi byk. dan bagi dia, anak2 saudara dia (duduk kat baling, kedah) tak pernah anggap seringgit tu kecil.

wah? panjang sgt weh..mgkn adik2 kecil yg duduk dibandar byk temptation. terlalu ikut arus dan cara didikan yg kurang sesuai mgkn menyebabkan gejala2 begini berlaku. ye lah, budak2 kota, sek rendah pun ada phone. kalau masuk kampung2, manalah mampu nk beli sumer2 tue. teringat iklan afdlin shauki n moto besar tue...

Tanpa Nama berkata...

wahaha!!! aku pun tgh pikir bajet duit raye thn ni..
huhuhu..
jemput dtg umah raya ni..
(no kids allowed)

kahkahkah!!!!!!

al-razi959 berkata...

Ome,
ala seringgit ni tidak memberi kesan kepada sesetengah, tetapi tak dinafikan hakikat sesetengah generasi kecil ini. Dan bukan nilai seringgit itu menjadi ukuran, tetapi adab tertib dan tujuan utama sambutan Aidilfitri seakan menyimpang.

Dan yang lebih penting sebenarnya, nilai murni mengikut Islam dan tertib Melayu, apakah ianya betul diterapkan dalam hidup seharian kita? Bagi yang sehaluan atau yang lebih kurang, senario ini diperakui sedikit sebanyak kebenarannya.Bagi yang tidak (atau tiada masalah kewangan) perspektifnya mungkin berbeza.

Apapun, kepada Ome dan Mafis, siap sedia ye raya nanti. InsyaAllah saya akan berkunjung ke rumah saudara. Cuma, duit raya tu tak perlu la....hehehe

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn hang azham. bknlah kerana isu seringgit atau mampu atau tak mampu tp nawaitu ziarah tu yang jadi persoalan.

aku teringat pesan2 org2 yg berilmu, kemana tumpahnya kuah kalau tk kena nasi..sama2lah kita amik iktibar.

insyaallah, nnt dtg le rumah bleh kenal dgn wife.