Rabu, April 16, 2008

analogi tikus belanda

Ada sesetengah artikel tentang pengurusan kewangan dan ke arah lebih kuasa kewangan memberi analogi hidup makan gaji bagaikan tikus belanda yang terkurung dalam sangkar, berlari (tak kisah lari pecut atau marathon) di dalam roda itu yang berdasarkan artikel, tidak ke mana. Yang ada cuma penat lelah sahaja (dan otot-ototnya yang mungkin bertambah pejal atau sekurangnya tak gemuk dan hidup secara sihat, malah mungkin lagi sihat daripada yang membelanya).

Sebagai seorang yang juga makan gaji sepertimana orang kebanyakan, analogi itu boleh dikatakan sesuai JIKA orang yang makan gaji itu gagal menguruskan perbelanjaan dengan sebaiknya. Dengan bahasa yang lebih mudah, analogi itu mungkin bersesuaian bagi orang yang berbelanja tidak mengikut ukuran badannya sendiri.

Namun, perspektif saya mungkin lebih daripada itu kerana, adalah kurang adil dan tepat bagi orang yang berpendapatan rendah. Mengapa? Mudah...kadar inflasi dan meningkatnya kos hidup kerana orang yang berniaga yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat, bukan orang bergaji kecil.

Ini analogi tikus belanda saya pula:

Antara sedar atau tidak, adakah anda perasan, setiap kali bonus atau kenaikan gaji diumumkan (dan untuk saya satu lagi, bila ada orang kaya baru), pasti ada peniaga yang ingin mengaut keuntungan lebih dengan cara samada menaikkan harga, menurunkan kualiti bahan jualan atau naik harga dan kualiti turun. Pasti ada yang ingat bilamana suatu ketika dahulu harga tepung naik yang cuma entah berapa sen, tetapi setiap roti canai naik 10 sen (dimana setiap keping roti canai tu tak pakai pun sepeket tepung).

Maka, baik orang yang makan gaji atau berniaga (tidak kisah la meniaga apa), bayar lebih untuk makan roti canai. Oleh kerana roti canai, orang makan gaji minta naik gaji dan yang berniaga pun buat benda yang sama dengan peniaga roti canai. Maka kitaran roda "tikus belanda" (atau roti canai) pun berlaku secara tidak disedari.

Maka, saya kira meletakkan analogi tikus belanda (roti canai) berlatarbelakangkan orang bekerja makan gaji agak kurang sesuai jika diperluaskan skop pandangan. Janganlah kerana anda berpendapatan tinggi, anda memperlekeh orang di bawah.

Kerana, tanpa disedari, apabila diperluaskan skop itu...semua orang adalah "tikus belanda" semata hanya sekeping kertas yang dipanggil wang/duit...

Sesungguhnya kita semua hamba Allah yang lemah...yang punya tanggungjawab bukan terhadap diri sendiri sahaja..tetapi juga untuk memakmurkan hidup ini...
Menasihati orang dalam urusan kewangan biarlah berhemah..kerana silap-silap, kita juga yang terkucil dikemudian hari...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

(delete the first entry..typo byk sgt! =P)

wahh..ada blog..

hrmmm.. patutnya bonus nih kene bg scr senyap2.. check2 gaji je.. e'eehh..bonus laa..gaya sorok2 dan memboikot peniaga..yes laa..marilah..

al-razi959 berkata...

nak baru tu agak kurang tepat..sebab dah ada banyak kali buat..dan delete blog sama jumlahnya..apapun, tak tahu "kaki" futsal...hehehe

Tanpa Nama berkata...

setiap insan itu perlu menjalankan perniagaan..walaupun dia seorang yang makan gaji..sekurang-kurangnya..jual surat khabar lama...bkn keuntungan yg kita cari,tetapi sunah nabi untuk kita ikuti.....fikir-fikirkan...

al-razi959 berkata...

terima kasih tun di atas komen anda...berniaga memang digalakkan, tetapi, saya sedih apabila melihatkan yang punya tanggungjawab meninggalkannya sepenuhnya untuk mencari kesenangan duniawi...apapun, terima kasih atas komen membina