Rabu, April 16, 2008

Kayakah anda? (bahagian 2)

Minda ini masih ligat berfikir...idea yang tercetus di dua artikel sebelumnya lebih kepada persoalan mengapa ada antara kita (atau kita) lupa (atau terlupa) tentang tanggungjawab.
Tidak lama dahulu, seingat saya ada usaha cuba untuk meramaikan golongan bukan melayu untuk menyertai polis dan tentera. Dan sebagai seorang anak bekas polis (dan cucu polis) saya merasakan kurang sedarnya tanggungjawab menjadikan generasi sekarang gah hanya di luar, tetapi bukan di dalam.

Orang dahulu lemah tidak berupaya kerana tiada kemampuan kewangan, tetapi punya semangat dan perasaan tanggunjawab yang kuat. Tika ini, bukan tiada, tetapi semakin kurang golongan ini. Zaman sekarang memang orangnya lebih berkemampuan dari segi kewangan, tetapi lemah bila berhadapan dengan wang. Apabila iman tiada, nilai ringgit jadi ukuran, rasuah bukan lagi suatu satu persoalan.

Ada orang pernah bertanya, kenapa harus saya kembali ke Malaysia dan bekerja disini, tetapi tidak di luar negara. Saya akui, hendak seribu daya, tak nak, seribu dalih. Visa mati, boleh diperbaharui. Duit sana lebih besar. Saya dapat lihat itu.

Dan saya dapat lihat juga bagaimana di negara kita yang menjanjikan peluang pekerjaan kerana orang kita tak mahu merebutnya di negara sendiri. Bagaimana ada kemungkinan, kuasa ekonomi mungkin dikawal oleh orang lain. Bagaimana saya berfikir, jika tiba saat itu (nauzubillah), betapa hebat pun pengalaman saya, betapa bagusnya saya, jika tiada pegangan kuasa ekonomi, saya dan juga anda hanya jadi penonton ekonomi Malaysia.

Atas dasar tanggungjawab jugalah, saya berfikir..andai semua ingin mengejar kekayaan...mampukah wang ringgit membantu bila kita diserang? Kita mungkin mampu membeli senjata canggih, tetapi tanpa semangat dan perasaan tanggungjawab, kita mati tanpa sempat bertempur (silap-silap bukan mati di tangan lawan, tetapi mati dek senjata sendiri).

Kita mudah menuding jari..kadar jenayah tinggi, salahkan pihak berkuasa, salahkan polis...padahal, kita juga penyumbang. Berduit, berharta dan berlagak. Kena rompak (dan sebagainya), lapor pada polis, "claim" insurans. Dalam pada itu, salahkan polis kenapa lambat bertindak, kenapa jenayah tinggi. Jangan kerana anda pemabayar cukai (itu pun kalau bayar), polis itu hamba abdimu.

Dan fikirkan, dalam jenayah pun, prisnsip "supply dan demand" pun boleh dipakai - "supply" sebab ada peluang dan "demand" sebab ada orang nak. "Nak" kerana duit menjadi raja...
Apabila perasaan dan hati menguasai akal, manusia tiada bezanya dengan haiwan...

Fikir-fikirkan...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Duit bukanlah adalah segala-galanya..Tetapisegalaa-galanya adalah duit..

Bekerja diluar negara atau dalam negara...kedua-duanya menyumbang kepada negara..
dan kalaulah kita terlalu marahkan orang yang bekerja diluar negara,mengapa pula harus kita dulu memilih belajar di luar negara...?jangan sampai kita meludah ke langit....

Tanpa Nama berkata...

terkejutnya baca artikel anda..sekadar berkongsi:ibu bapa saya tinggal dan bekerja di luar negara selama 15 tahun dan mampu menyara kedua-dua belah keluarga (keluarga datuk dan nenek saya yang bilangannya lebih 20 orang) hingga kesemua uncle dan auntie saya berjaya masuk ke universiti dgn hasil titik peluh ibu dan bapa saya di negara orang..alhamdulillah. sekurang2nya dengan bekerja di luar negara, ada pengaliran wang ke dalam Malaysia untuk menyara orang-orang susah di negara sendiri seperti kes ibu dan ayah saya...sayangnya artikel anda ini TIDAK menggambarkan anda sebagai org yg high educated (kerana anda kata anda belajar di oversea dulu). saya berpendapat anda lebih kepada meluahkan 'rasa marah'. jangan sampai rasa tidak puas hati itu menjadikan kita nampak 'bodoh' dalam penulisan dan menjengkelkan…

al-razi959 berkata...

terima kasih tanpa nama kerana memberi komen yang saya boleh fikirkan. Tahniah buat anda dan keluarga kerana berjaya!

Akan tetapi, saya fikir, saudara/saudari kurang faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya bekerja untuk mencari pengalaman, bagaimana rasanya bekerja di luar negara, bukan semata duit.

keduanya, saya tidak marah kepada orang yang rezekinya di luar negara, cuma, yang sedihnya, yang ada di dalam negara, keluar tika negara kita masih kekurangan professional yang atas keadaan tertentu dan kita terpaksa menggaji orang luar yang seawalnya boleh dilakukan oleh orang kita sendiri. Itu sahaja.

Maaf kalau artikel ini mengundang rasa terkejut dan dukacita, kerana maksud tersirat mungkin tidak ternampak kerana kita masing-masing memandang dari sudut yang berbeza. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Belajar dan bekerja di luar negara adalah 2 perkara berbeza. Perpindahan teknologi yg mampu membantu kemajuan negara dalam satu2 industri pasti sukar berlaku andai lebih ramai orang memilih utk:

a)Belajar dan memilih utk terus bekerja di luar negara

b)Belajar di tanahair tetapi memilih utk bekerja di luar negara

Mgkn kerana teknologi yg dipelajari masih belum ada di tanahair sendiri.

Bangunkan.mengapa tidak?

Mgkn juga kerana kedengarannya 'gah'kerja di oversea, atau mgkn nilai matawang yg tinggi menggamit sanubari.

Segelintir mgkn berfikiran sebegini.

Cuma,perkara semacam ini sgt2 subjektif untuk dinilai,kerana ianya terpulang pada cara kita memandang dan berfikir.

Ada yg belajar smpi PhD hanya kerana terlalu cintakan ilmu.
Ada yg belajar ke universiti utk dpt gaji berpuluh ribu.
Ada juga yg belajar ke sana sini, utk berbakti kepada bangsa, agama dan tanah tumpah airku..