Khamis, Mei 01, 2008

Krisis M (bukan Tun M)

Sejurus mendarat di lapangan terbang Changi, terdetik hati membuka blog, dan agak terkejut dengan adanya ulasan. Terima kasih kerana membaca dan memberi komen di blog yang tidak seberapa ini.

Tidak lama dahulu, saya bagi analogi tikus belanda (dan roti canai), dan tidak tersangka, krisis M - Makanan melanda dunia pula. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dan negara-negara maju mula terasa akan bahang kenaikan harga makanan. Pelbagai ulasan, pendangan, pendapat dan juga kaedah-kaedah penyelesaian diutarakan oleh pelbagai pihak. Saya tidak pasti sejak bila ia bermula, tetapi saya mula tahu semasa menonton BBC semasa di Madinah al-munawarah dan isu ini disiarkan setiap hari.

Dari Jeddah ke Singapura, Financial Times pun terselit mengenai isu ini. Pakar menganjurkan untuk mengatasi krisis ini:- samada demi kemanusiaan? perdagangan dan perubahan polisi? atau pelan jangka panjang untuk "production". Jika tidak tersalah dengar, ada komen yang mengatakan, dana ada, tetapi tiada guna kerana makanan tidak mencukupi.


Betul juga...kalau duit ada, makanan tiada..Tanaman mengambil masa untuk tumbuh segar, haiwan juga perlu masa untuk tumbuh membesar...sementara tu, nak makan apa ya? Makan duit agaknya?

Sentuh tentang Financial Times..hati ini terasa "geli hati" kerana tidak jauh daripada segmen tentang krisis makanan, Shell dan BHP mencatat keuntungan berbilion dalam suku pertama....geli hati kerana dalam krisis harga minyak, ada yang buat keuntungan di atas kesengsaraan (sebenarnya "kesengsaraan" ni macam terlalu teruk, tapi tiada terilham perkataan yang lebih sesuai).

Komentar dari tanpa nama -"Duit bukanlah adalah segala-galanya..Tetapi segalaa-galanya adalah duit." Suatu frasa yang memberi pelbagai tafsiran andai duit menjadi ukuran. Andai maruah diri, agama, bangsa dan negara pun boleh diukur dengan duit, saya tak tahu. Dan jika itu menjadi tafsirannya, maka tidak hairan di arena sukan Malaysia kurang menyerlah. Andai duit menjadi ukuran, saya pasti ganjaran yang sepatutnya diterima pahlawan-pahlawan melayu (apatah lagi pahlawan-pahlawan muslimin yang syahid) patut tidak termampu sesiapa memberinya. Dan yang pasti, andai segala-galanya adalah duit, apakah ganjaran bagi ibu yang melahirkan kita didunia ini? Apakah ganjaran ibu bapa yang menjaga kita sejak kecil (bagi yang bertanggungjawab)? Dan apakah kita kurang nilainya jika ibu kita bertarung nyawa melahirkan kita tidak di hospital pakar?

Saya tidak nafikan, duit salah satu keperluan, tetapi bukan sesuatu yang "absolute". Keseimbangan dan kesedaran perlu dalam hidup ini.

Mungkin kerana saya baru kembali dari tanah suci, kisah Perang Uhud memberi seribu pengertian buat saya...dan harapnya buat orang lain... perang dimana pada awalnya tentera islam hampir mencapai kemenangan, tetapi, kerana tentera pemanah ingin rebutkan rampasan harta perang dan tidak menuruti perintah Rasulullah s.a.w agar tidak meninggalkan posisi pertahanan, 70 orang tentera islam syahid termasuk Saidina Hamzah r.a.

Kisah ini pada saya boleh dianalogikan dalam hidup ini. Andai duit menjadi ukuran dan tumpuan, maka kesedaran dan tanggungjawab tiada erti. Setiap kita punya tanggungjawab dan amanah. Andai petani tidak bercucuk tanam dan ternakan tidak dilakukan, kita nak makan apa..andai guru tidak mengajar, cerdik pandaikah kita?

Sesungguhnya, apa yang ternukil di sini sekadar pandangan saya. Apa yang baik itu daripada Allah, dan apa yang kurang elok itu adalah disebabkan oleh diri saya sendiri.

Wallahualam

p/s: terfikir sejenak...kalau tidak salah, memang berniaga sunnah Rasulullah...tetapi, ikutkah kita sunnah-sunnahnya yang lain? Atau cuma sunnah yang bagus ikut, yang tak beri manfaat pada diri (terpulang kepada individu) tak payah buat? (Teringat cerita lawak, sunnah kahwin empat...tetapi "part" kahwin ikutla...yang bab nafkah, layanan etc, wallahualam...hehehe)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terpulanglah pada kita dan bagaimana cara urusan kita..Pada saya, kita dah di beri petunjuk..Terplanglah pada kita untuk mengikut jejak Nabi ALLAH Sulaiman yang tinggi takwanya bersama harta atau Qarun yang ditenggelamkan bumi bersama hartanya..Walau macam mana sekalipun, harta itu keperluan utama..Bukan untuk diri sendiri SAHAJA, tapi MASYARAKAT keseluruhannya...

al-razi959 berkata...

memang cantik kalau kata-kata saudara/saudari itu betul-betul terjadi, akan jadi dan terus jadi..tetapi di zaman ini, susah nak cari orang yang mencari harta bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk masyarakat seluruhnya...