Khamis, Mei 08, 2008

SeDARkah kita? (bab 1)

"Pada masa ini, ahli politik lebih berminat dengan apa yang mereka dapat, bukannya berkhidmat kepada negara. Mereka yang merasa tidak dapat apa yang diinginkan pasti sukar menahan godaan untuk melompat parti apabila ditawarkan sesuatu." - Tun Dr. Mahathir, Berita Harian, 8 Mei 2008..

Apa mungkin benarkah ia? Atau bukan hanya ahli politik, tetapi juga ianya berlaku antara kita?
Semalam saya berpeluang untuk membaca blog Tun (http://www.chedet.com/) dan juga komen-komen dari pembaca blog yang sudi menukilkan pendapat mereka (tidak untuk saya kerana merasakan pendapat saya mungkin tidak terbaca oleh Tun). Ada yang positif, ada yang tidak...dan ada yang mungkin melampau agaknya sampai Tun 'delete' komen tersebut. (Tidak tersangka pula artikel "Krisis M (bukan Tun M) terbit pada hari yang sama Tun menulis bolgnya buat kali pertama).

Terasa bagaikan "dejavu" kerana tidak lama dahulu, saya menulis pasal makanan dan putaran duit dalam hidup yang mana tidak lama selepas itu Krisis makanan menjadi perhatian dunia. Kali ini saya sudah suarakan dalam "Kayakah anda bahagian 1 & 2" dan "2P" beberapa hari dahulu dan secara kebetulan, Tun mengeluarkan pendapatnya (mungkin skop berbeza, tetapi maksud masih sama)..

Apapun, saya tertarik dengan komen berbunyi "people of Malaysia should think not what the country can do for them, instead, they should think wat they can do for the country..". Isu ini antara yang cuba saya ketengahkan dan utarakan sebelum ini. Di mana nilai tanggungjawab dan amanah andai duit menjadi matlamat. Sekali lagi saya katakan, duit penting, tetapi jangan jadikan ia sesuatu yang "absolute". Manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. Itu yang boleh jadi diberi betis nak peha..(cuma saya tak tahu nak gambarkan selepas dapat peha nak apa pula). Bukankah elok jika kita ikut kata pepatah, "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang"?.

Semalam juga saya ada berbincang dengan seorang sahabat tentang bagaimana nak memberi kesedaran kepada orang yang semacam ini (semacam ini dalam konteks duit dan ganjaran amat penting dalam hidup ini). Agak sukar untuk saya menganjurkan satu cara yang boleh menyedarkan orang sebegini kerana kesedaran datang daripada dalam diri seseorang itu. Ianya boleh dilakukan andai terbuka pintu hati untuk sedar. Guru SDAR pun belum tentu boleh sedarkan budak SDAR..

Pada pendapat saya, memang ada banyak cara. Bagi saya, cukuplah dengan buku teks sejarah tingkatan 1 sampai 3. Perhatikan muncul, naik dan jatuh sesuatu kerajaan. Hayati bagaimana kerajaan melayu Melaka yang gemilang jatuh di tangan Portugis. Kerajaan Melaka bukan tumbang kerana tidak kuat pertahanannya, tetapi kerana ada orang dari dalam yang membantu Portugis masuk. Bila Portugis dapat mendarat, sememangnyalah kekuatan teknologi Melaka nak lawan Portugis zaman itu tidak tertanding.
Apakah kita mahu Malaysia jatuh sepertinya Melaka?

6 ulasan:

infogue berkata...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di Infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/sedarkah_kita_bab_1_

al-razi959 berkata...

terima kasih infogue atas komen anda. saya cuma harap ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Tanpa Nama berkata...

Apa kaitan kesedaran dgn SDAR?
A well put thought. Semua yg terjadi hari ini terlakar lantaran sikap tamak. Tamakkan duit, tamakkan harta, tamakkan pangkat dan tamakkan kuasa. Tidakkah junjungan besar Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang situasi umat akhir zaman ini? Bila Agama sekadar hiasan di IC dan Masjid menjadi medan kebobrokan politik kotor..apa lagi yg boleh kita harapkan dr pemimpin² sebegini? Kembalilah..

al-razi959 berkata...

realitinya SDAR memang tiada kaitan, tetapi ungkapan kalau terjumpa budak SDAR secara gurauan "oh, budak SDAR yg tak sedar".

Apapun, baik budak SDAR atau tidak, seharusnya kita bukan sahaja kena sedar, tetapi lakukan apa yang sepatutnya..bukan duduk diam ataupun sibuk menuding jari..

Tanpa Nama berkata...

Askum..Andaikan anda bekerja dengan seorang USAHAWAN (swasta)..Bukankah kerja anda itu adalah untuk menggandakan kekayaan usahawan itu..? Bukankah usahawan itu sebenarnya yang menyediakan pekerjaan untuk anda dan manusia yang lain..? Jika tidak kerana kehadiran mereka (USAHAWAN, AHLI PERNIAGAAN, AHLI KORPORAT,semakin ramailah yang hidup merempat..Itulah HIKMAHNYA orang berniaga..

al-razi959 berkata...

andai mengambil senario yang anda ambil, terima kasih kepada usahawan tersebut..tetapi harus diingat, tanpa orang di bawah, orang di atas jatuh juga...kerana itu jugalah, kesetiaan kepada majikan (kerajaan mahupun swasta) dan rasa tanggungjawab amat susah dicari...